Dari mata jatuh ke hati. Rupa-rupanya, pepatah Melayu ini ada benarnya. Arthur Aron, seorang psychologist dalam kajiannya, pernah berhasil membuatkan dua individu jatuh cinta dalam masa yang singkat. Apa caranya?

28 tahun lepas, Dr Arthur Aron memilih sepasang lelaki dan perempuan yang saling tidak mengenali untuk ke makmalnya. Mereka diminta untuk saling duduk berhadapan dan menyoal 36 soalan peribadi di antara satu sama lain. Lepas tu, mereka saling bertatapan mata selama 4 minit. Apa yang berlaku selepas itu?

Pasangan yang keluar daripada makmal psychologist Arthur Aron ini betul-betul jatuh cinta! Mereka bercinta dan 6 bulan kemudian, menjalin ikatan perkahwinan. Yang bestnya, diorang siap jempu semua orang makmal untuk datang kenduri kahwin.

Ada yang dah cuba 36 soalan dari makmal itu, dan katanya ia seakan-akan analogi katak dalam periuk air panas. Soalan pertama mungkin tidak berapa personal. Tetapi, satu demi satu soalan lebih bersifat peribadi, sehinggakan soalan-soalan terakhir membuatkan banyak rahsia yang disimpan terungkai. Dengan cara ini, dua individu yang saling bersoal jawab ini akan merasa lebih dekat dan mesra.

Boleh jadi, soalan-soalan peribadi itu membuatkan kita lebih jujur atau vulnerable. Kita perlu membuka topeng yang selama ini kita pakai di hadapan orang ramai, dan menjawab semua soalan peribadi tadi yang mencerminkan isi hati sebenar kita. Dan tatapan mata itu, seperti memusing tombol pintu yang sudah sedia terbuka kuncinya.

Apa itu interpersonal closeness?

Dengan saling bersoal jawab 36 soalan peribadi tadi, kita mengenali nilai-nilai yang ada pada diri kita, yang juga dikagumi orang lain. Apabila kita merasa diterima, langsung kita merasa dialah untukku. Hanya dengan mengatakan, “Saya suka suara awak, saya suka gaya awak,” Ini cukup membuatkan jiwa terbuka untuk jatuh cinta.

Apa tatapan mata buat pada tubuh kita?

Dua insan yang saling merenung akan merembeskan Phenylethylamine (PEA) yang akan terbit apabila seseorang jatuh cinta. Rasa senang yang muncul dalam 4 minit ini, cukup untuk membuatkan kita merasakan sudah jatuh cinta. Macam tu je kan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang yang nak merasa indahnya jatuh cinta, kena baca RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/1w2c3ir pantun


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply