Sejak dahulu lagi, China merupakan negara ataupun empayar yang terkenal dengan begitu banyak raja. Ye lah selama 2100 tahun, China telah diperintah oleh pelbagai dinasti. Boleh dikatakan China adalah satu-satunya tamadun purba yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Sedangkan tamadun lain telah lenyap dan rakyatnya telah berasimilasi dengan bangsa lain.

Paling menarik sekali biarpun China pernah diperintah oleh orang luar seperti Mongol dan Manchu, budaya Han tidak pernah hilang. Malah pemerintah Mongol dan Manchu itu sendiri yang berasimilasi dengan budaya Han. Tapi sayangnya pemerintahan beraja yang menjadi simbol Tamadun China, lenyap jua akhirnya.

Macam mana pemerintahan beraja di China boleh lenyap?

Semuanya bermula setelah kematian Maharaja Guangxu yang tidak meninggalkan waris. Oleh sebab itu, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun 10 bulan iaitu Aisin Gioro Puyi telah dilantik sebagai maharaja baru empayar China. Ketika Puyi telah dirampas daripada keluarganya dan terus diarak ke Kota Larangan. 

Tapi masalahnya, Puyi masih lagi terlalu kecil untuk memerintah empayar sebesar China. Jadi dia telah diberikan satu wilayah untuk diperintah. Ini semua dilakukan bagi mempersiapkan Puyi menjadi maharaja sebenar di masa hadapan.

Belum sempat Puyi mencapai umur dewasa, satu pemberontakan yang didalangi oleh Sun Yat-sen dan Chinese Revolutionary Party (CRP) telah berlaku di Wuchang pada Oktober 1911. Dalam masa yang singkat sahaja Wuchang dan beberapa bandar lain dalam wilayah Wuhan berjaya takluk oleh tentera pemerintah.

Situasi ini memberi semangat kepada 17 wilayah yang lain untuk membebaskan diri daripada pengaruh Dinasti Qing dan membentuk sebuah republik. Tapi berani betul orang China ni memberontak sebab maharaja deme kan ada mandat dari syurga. Bermakna maharaja memang layak untuk memerintah.

Bagi orang China ketika itu, mandat syurga mesti ditarik balik dan diberikan kepada orang yang betul-betul layak. Selepas 4 bulan gagal tundukkan pemberontakan, Puyi terpaksa turun daripada takhta. Walau bagaimanapun, Puyi dibenarkan mengekalkan gelarannya dan boleh tinggal di kota larang. Pemerintah baru China juga bersetuju memberi elaun dan akan melayan Puyi sebagai seorang raja.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sayangnya pada tahun 1924, satu lagi revolusi telah berlaku di Beijing hingga menyebabkan Puyi dan keluarganya turut dihalau daripada Kota Larangan. Malah segala kelebihan yang pernah diperolehi sebelum ini telah dimansuhkan serta merta. 

Selepas itu Puyi dan keluarganya telah berpindah ke Tianjin sebelum menuju ke Manchuria. Jepun yang pada ketika itu sedang gila menakluk negara lain nampak kehadiran Puyi di Manchuria sebagai kunci untuk menyerang China. Sebab Jepun tahu, menyerang secara membabi-buta ke atas Manchuria pasti akan mendapat tentangan antarabangsa. Jadi Jepun memerlukan pemerintah tempatan sebagai boneka.

Maka Jepun memulakan serangan ke atas Manchuria dan berjay menakluk wilayah itu. Secara diam-diam, Jepun telah menjemput Puyi daripada Tianjin untuk ditabalkan sebagai maharaja Manchuria. Seronok betul Puyi dan keluarganya sebab dapat kembali kepada kehidupan asal.

Lama kelamaan, Puyi mula menyedari apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Sebab dia pada awal beranggapan Manchuria boleh menjadi pendamai antara China dan Jepun tapi permusuhan dua negara itu semakin memuncak. Tambahan pula, Puyi dan keluarganya sentiasa diperhatikan oleh Jepun. Nak buat apa-apa pun susah sebab ada pegawai Jepun yang menghalang. Dari situlah Puyi sedar, dia hanyalah seorang boneka.

Apabila red army dari Soviet Union menceroboh masuk ke Manchuria setelah Jepun menyerah kalah, Puyi dan keluarganya segera melarikan diri. Tapi dapat juga ditangkap oleh red army untuk dibawa ke Soviet Union. Di sana Puyi telah didakwa kerana terlibat dengan pencerobohan Jepun di China.

Pu Yi ketika di dalam penjara

Puyi bernasib baik sebab dibebaskan setelah dia menyatakan bahawanya dirinya telah dipaksa oleh Jepun. Kalau tak buat, boleh pergi ke alam sebalik mata. Setelah Chinese Communist Party (CCP) menang dalam perang saudara menentang Kuomintang, CCP telah meminta Soviet memindahkan Puyi ke China.

Sampai sahaja di China, Puyi telah dibicarakan semula dan dihumban ke dalam penjara. Setelah bebas daripada penjara, Puyi hanya menjalankan kehidupannya sebagai orang biasa sahaja. Dia telah buat bermacam kerja untuk menampung kehidupan dan komitmen. Itu kisah berakhir pemerintahan beraja selama 2100 tahun.


Korang nak tahu lagi banyak benda menarik tentang China? Jom baca KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli di https://bit.ly/3emM5EF

Rujukan

History. (2010, Mac 2). Last emperor of China abdicates. Dipetik daripada https://www.history.com/this-day-in-history/last-emperor-of-china-abdicates

Hsu Chung-mao. (2022, Jun 11). Puyi: The last emperor of China. Think China. Dipetik daripada https://www.thinkchina.sg/photo-story-puyi-last-emperor-china

Roller, S. (2022, Februari 1). China’s last emperor: Who was Puyi and why did he abdicate? HistoryHit. Dipetik daripada https://www.historyhit.com/puyi-last-emperor-of-china/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply