Bagi mereka yang pernah hidup ketika era 90an, pasti pernah dengar sebuah negara yang dipanggil Yugoslavia. Sebab Yugoslavia ni dalam piala dunia memang agak power. Mereka pernah layak sebanyak lapan kali ke piala dunia dan kebanyakan dapat beraksi sehingga ke peringkat suku akhir.

Tapi selepas itu, negara yang cukup hebat dan kuat ini telah berpisah kepada 7 negara berbeza. Perpisahan ini berlaku dengan sangat kejam kerana Yugoslavia yang dikawal oleh orang Serb bertindak di luar kawalan terhadap etnik lain. 

Dominasi Serb yang berterusan inilah yang membuatkan etnik lain ingin membentuk negara sendiri walaupun deme ni sebenarnya rumpun Slavia. Orang Eropah dengan bangsa sendiri nak bergocoh. Sehingga ke hari ini orang-orang di negara bekas Yugoslavia sangat benci dekat Serb.

Persoalannya kenapa deme benci sangat dekat Serb?

Semuanya bermula daripada Marshal Tito yang ingin orang Serb menguasai seleruh Yugoslavia. Wilayah lain memang tak puas hati tapi mereka tak mampu nak lawan. Apabila Marshal Tito sudah kembali ke alam sebalik mata, wilayah-wilayah dalam Yugoslavia ingin membentuk negara sendiri. Orang Serb cukup tak suka dengan situasi ini dan cuba menakluk kembali wilayah-wilayah yang memberontak.

Josip Broz Tito

Apa yang orang Serb buat?

Selepas sahaja Slovenia membentuk negara baru, Yugoslavia yang dikawal oleh orang Serb terus menghantar ramai tentera ke sana. Tujuannya adalah bagi memastikan Yugoslavia tetap utuh dan tidak berpecah. Tentangan sengit telah diberikan oleh tentera Slovenia. Mahu tak mahu Yugoslavia terpaksa mengalah kerana banyak wilayah yang perlu ditundukkan.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Di Kosovo pulak, Yugoslavia yang dikawal oleh orang Serb bertindak dengan sangat kejam. Deme seboleh-bolehnya mahu Kosovo terus kekal di dalam Yugoslavia biar apapun terjadi. Ditambah pula Kosovo merupakan wilayah penting dan memiliki nilai sentimental untuk orang Serb.

Sebab Kosovo boleh dianggap sebagai rumah suci kepada orang Serb. Dekat situlah terletaknya Serbian Orthodox Church. Ditambah pula Kosovo merupakan tempat tentera Serb menewaskan penjajah Turki Uthmaniyah pada tahun 1389 dan 1912. Senang cerita kehilangan Kosovo akan melukakan hati orang Serb.

Orang Albania yang menjadi majoriti di Kosovo tak peduli semua ni. Sebab Yugoslavia tak pernah kisah pun dengan mereka. Dari dulu sampai ke sudah asyik beri layanan istimewa je dekat orang Serb. Lebih baik deme bentuk kerajaan sendiri. Untuk itu Kosovo Liberation Army (KLA) telah ditubuhkan untuk melakukan riot.

Yugoslavia yang tergugat dengan ancaman ini mula hantar polis dan tentera untuk meredakan keadaan. Reda memang reda tapi polis dan tentera Yugoslavia bertindak di luar kawalan sehingga orang biasa pun deme tibai. Negara-negara luar mula melihat itu sebagai pencabulan hak asasi manusia lantas meminta Yugoslavia menarik tentera dari Kosovo.

Yugoslavia tak ambil peduli. NATO pun digerakkan untuk membedil tentera Yugoslavia. Sebagai balasan, Yugoslavia menghalang terus orang Albania daripada Kosovo dan menggantikannya dengan orang Serb. NATO yang hilang sabar terus membedil ibu kota Yugoslavia. Terpaksalah Yugoslavia mengalah dan membiarkan Kosovo merdeka.

Seterusnya di Croatia, Yugoslavia tetap buat hal atas dakwaan bimbang dengan orang Serb yang tinggal di sana. Kali ni Yugoslavia tidak masuk campur secara terus. Sebab orang Serb yang berada di Croatia bertindak sendiri dengan merampas beberapa wilayah. Lepas tu pergi tunggang nama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar wilayah taklukan mereka tidak di serang tentera Croatia.

Paling teruk sekali yang terjejas adalah Bosnia and Herzegovina. Sebab Yugoslavia bertindak begitu berani dengan menakluk Srebrenica, Zepa, dan Gorazde yang dikawal oleh PBB. Ketika itu tentera pengaman PBB pun tak boleh buat apa-apa kerana Yugoslavia melancarkan perang dalam skala besar. 

Bukan setakat tu je, Yugoslavia turut menakluk hampir keseluruhan Bosnia hingga menyebabkan ramai orang Bosnia menjadi pelarian. Tentera pengaman PBB pula memang tak mampu nak lawan tentera Serb. Sebab tentera pengaman PBB perlu bersikap neutral dan tidak menyerang mana-mana pihak. 

Oleh sebab itu, orang Bosnia memang terdedah terus dengan ancaman tentera Yugoslavia. Terpaksalah mereka menunggu tentera NATO masuk campur bagi menewaskan Yugoslavia. 

Senang cerita, orang Serb dibenci oleh negara bekas Yugoslavia sebab deme bertindak ikut kepala lutut. Dah lah kuasa hampir semua benda dekat Yugoslavia dan bila orang nak merdeka, dia meradang. Kalau meradang biasa tak apa, ini sampai berperang. Kesannya Kosovo dan Bosnia menerima serangan paling hebat. 


Kalau korang nak tahu lebih banyak tentang Yugoslavia yang merupakan rumpun Slavik. Baca je HUJAN EMAS DI TANAH SLAVIK. Boleh beli di bit.ly/3OSoDN6

RUJUKAN:

Barber, T. (1992, Ogos 9). The Bosnia crisis: Serbs, Croats and Muslims: who hates who and why: Tony Barber in Zagreb traces the ancient roots of a culture clash that has shattered what was Yugoslavia into warring pieces. Independent. Dipetik daripada https://www.independent.co.uk/news/world/the-bosnia-crisis-serbs-croats-and-muslims-who-hates-who-and-why-tony-barber-in-zagreb-traces-the-ancient-roots-of-a-culture-clash-that-has-shattered-what-was-yugoslavia-into-warring-pieces-1539305.html

Daalder, H. (1998, Disember 1). Decision to intervene: How the war in bosnia ended. Brookings. Dipetik daripada https://www.brookings.edu/articles/decision-to-intervene-how-the-war-in-bosnia-ended/

Dobbs, M. (1999, Jun 25). Montenegro easing away from serb ally. Washington Post. Dipetik daripada https://www.washingtonpost.com/wp-srv/inatl/longterm/balkans/stories/montenegro062599.htm

Ray. M. (n.d). Kosovo conflict: Balkan history [1998–1999]. Britannica. Dipetik daripada https://www.britannica.com/event/Kosovo-conflict

Rosenblum, M. (1991, Julai 8). Slovenes, Croats don’t want to fight, but say they will with AM-Yugoslavia, bjt. AP News. Dipetik daripada https://apnews.com/article/4f043cd4c1256324415e78bd065f6891


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply