Memiliki haiwan peliharaan adalah hobi yang begitu mulia kerana kita dapat memberikan kasih sayang kepada ‘sahabat’ yang comel belaka. Kucing, anjing, burung, dan hamster adalah antara ‘sahabat’ yang sentiasa menemani kita.

Tapi, baru-baru ni di media sosial Twitter ada pergaduhan antara pencinta kucing dan pencipta haiwan reptilia gara-gara ada satu twit dari pemilik akaun @nolongerskek tentang usahanya nak memujuk rakyat Malaysia untuk menerima pencipta haiwan reptilia terutamanya ular. Kemudian, perbalahan muncul saat balasan twit oleh pemilik akaun @syazuanism yang menunjukkan pemburuan mencari anak kucing untuk jadikan santapan ular peliharaannya bernama Helga.

Inilah twit yang tular 3 hari lepas sampai berlaku pergaduhan antara pencinta kucing dengan pencinta ular. (Sumber: Twitter)

Dalam perbalahan antara pencinta kucing dan haiwan reptilia yang tiada kesudahan, peristiwa ini membuatkan kita berfikir sejenak, adakah haiwan reptilia sesuai untuk jadikan sebagai haiwan peliharaan, terutamanya ular?  Jika memelihara haiwan sebegitu tiada salah, mengapa ramai pihak terutamanya pencinta kucing masih tidak sukakan mereka yang sukakan hobi tersebut?

Sebenarnya, menjadikan haiwan reptilia sebagai haiwan peliharaan ada kebaikan dan keburukannya. Untuk artikel ini kita fokus kepada haiwan reptilia bernama ular ini. Pengurusan memelihara ular sebenarnya mudah berbanding memelihara haiwan mamalia seperti kucing dan anjing. Ular tidak memerlukan banyak perhatian seperti nak diusap atau keluar berjalan.

Manakala pengurusan haiwan peliharaan pula, ular tidak perlukan jagaan badan seperti mana kucing atau anjing yang bulunya sentiasa dijaga dari kekotoran atau jangkitan kutu. Bagi pencinta yang alergik kepada bulu haiwan, mereka selesa dengan memelihara ular kerana tidak perlu berhadapan dengan bulu yang bertebaran.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ular juga tidak mengeluarkan bunyi yang membingitkan. Ular bersifat senyap dan hanya berdesis saja jika ia berada dalam bahaya, tidak seperti kucing yang suka mengiau apabila minta perhatian dan anjing menyalak apabila orang luar melintas depan rumah. Inilah antara kelebihan utama bagi pencinta ular dan mengapa mereka galakkan pencinta haiwan memelihara ular.

Spesis ular apakah yang sesuai untuk jadikan sebagai haiwan peliharaan, bergantung kepada spesis ular tersebut serta melihat diet pemakanannya. Ada sesetengah spesis ular ialah pemakan mangsa berdarah panas seperti tikus, arnab, dan burung. Ada juga spesis ular yang hanya memakan serangga, telur, katak atau ikan. Yang penting, jangan jadikan spesis ular berbisa sebagai haiwan peliharaan, kalau korang sayangkan nyawa sendiri.

Spesis ular yang biasa dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan mudah dijual di kedai haiwan ialah ular jagung (Pantherophis guttatus), ular susu (Lampropeltis triangulum), ular sawa (Python regius), dan ular Boa Constrictor. Pencinta ular biasanya memelihara ular sawa batik (Python reticulatus) yang mudah didapat di Asia Tenggara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Ular sawa batik. Ular yang biasa dijadikan sebagai haiwan peliharaan di Asia Tenggara. (Sumber: Flickr)

Baik, cukup kita bincangkan tentang kebaikan memelihara ular. Keburukan dari memelihara ular ialah kita kena faham satu fakta yang kita telah sekian lama tahu. Ular ialah haiwan liar yang sentiasa hidup di hutan dan bebas menunjukkan sifat pemangsanya tanpa masalah. Jinak manapun ular jika dilahirkan dari kecil, nalurinya sebagai pemangsa tidak akan hilang.

Kerana naluri inilah jika ular mencapai fasa dewasa, penjaga akan mengalami kesukaran untuk dapatkan sumber makanan. Ular memerlukan mangsa yang ia mampu kejar kerana selera memakan daging semakin menghilang. Silap haribulan, tuan sendiri menjadi mangsa ular kesayangan! Sebab inilah ramai penjaga ular sanggup mencari anak kucing yang masih hidup demi puaskan selera ular mereka.

Tambahan lagi, spesis ular sawa akan mengalami masalah ruang untuk membesar. Spesis ular sawa batik mampu mencecah sehingga 6 meter dan beratnya sekitar 50-60 kilogram, sukar untuk menjaga memastikan spesis ular ini mempunyai ruang yang amat besar.

Kalau korang nak bela ular, lebih baik korang fikir dua kali. (Sumber: Needpix.com)

Apabila penjaga tidak tahan menjaga ular kesayangan mereka, masalah paling utama timbul, iaitu membuang ular. Bagaimana jika ular peliharaan yang dibuang itu adalah spesis ular dari luar negara? Kalau spesis ular sawa batik tiada masalah sangat sebab hutan tropika Asia Tenggara sememangnya rumah mereka. Kalau spesis ular lain seperti ular Boa Constrictor yang berasal dari benua Afrika, ular ini akan menggangu ekosistem hutan tropika di mana berlaku perebutan mangsa antara ular ini dengan ular tempatan.

Populasi pemangsa seperti tikus dalam hutan akan berkurang mendadak disebabkan oleh ular Boa yang semakin meliar. Kemudian, spesis ular ini bermaharajalela di hutan yang asing baginya. Haiwan bukan tempatan yang berupaya menggangu kitaran pemangsa-mangsa dan ekologi hutan ini dipanggil dengan nama ‘spesis ceroboh’.

Jadi bagi saya, memelihara ular banyak mudaratnya berbanding kebaikannya. Bukan saja kita menggalakkan sifat tiada belas kasihan kepada anak kucing yang menjadi santapan ular, spesis ular luar negara yang nampak ‘eksotik’ juga mampu mengancam ekologi hutan tempatan. Apatah lagi hobi sebegini menggalakkan penyeludupan spesis ular yang terlindung demi memuaskan permintaan pelanggan. Kita tidak perlukan ular sebagai haiwan peliharaan. Cukup saja biarkan haiwan pemangsa ini bebas di dalam hutan, tempat tinggal sebenar.

______

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal alam haiwan, korang mesti dapatkan BIOLOGIA kami ni! Buku ni sebenarnya menerangkan pada korang banyak benda pasal alam kehidupan. Link Shopee: https://bit.ly/biologiashopee

RUJUKAN:

Laurie Hess, DVM; Rick Axelson, DVM. Owing a Pet Snake. Published by VCA Animal Hospitals.

Jennifer O’Connor. 26 September 2022. Here’s Why Buying Snakes—or Other Reptiles—Is a Big Mistake. PETA.

Liz Cabrera Holtz. 21 November 2022. Do Snakes Make Good Companions? World Animal Protection.

Austin S. 21 October 2022. Do snakes make good pets, actually?

_

 

Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply