Kalau korang pernah guna pensil warna jenama Faber Castell, mesti pernah nampak gambar ikonik ni. Gambar ni bukan gambar rekaan semata mata. Gambar ni sebenarnya tentang sukan bangsawan paling terkenal semasa zaman Pertengahan di Eropah dahulu.

Nama sukan ini ialah ‘jousting’ atau lawan tombak dalam bahasa Melayu. Selalunya, yang main sukan ni ialah bangsawan yang menjadi satria. Jadi, tak hairan bila ada pertandingan atau majlis sosial oleh bangsawan dan raja raja, sukan lawan tombak ni jadi antara acara utama.

Cara nak main sukan ni ialah kita kena serang lawan kita dengan kelajuan tinggi dengan cuba jatuhkan dia dengan tombak. Ada yang patah tombak, ada yang pecah baju perisai, tapi yang penting lawan kita kena jatuh atau kalah. Disebabkan populariti sukan ni dan juga nilai kesatrianya, maka tak pelik sukan ini diangkat sebagai antara sukan paling terkenal semasa zaman Pertengahan.

Lama kelamaan, populariti sukan ni merudum dan diganti dengan sukan berkuda yang lain pada abad ke-17. Ada juga kes sukan di dihentikan sebab ada raja yang mangkat sebab main sukan ni seperti raja Henry II dari Perancis. Namun, sukan berkuda masih lagi menjadi sukan kegemaran orang elit seperti sukan polo yang diminati raja raja kita seperti Sultan Mizan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply