Pernah terfikir tak kenapa makanan lain kita hadam, akan jadi tahi, tapi kalau kita mana cili, biji cali tak jadi tahi? Dia jadi biji cili macam tu, tak berubah. Kenapa kita tak boleh hadam biji cili?

Sebab kita tak ada enzim untuk hadam sayur sayuran. Selalunya dalam makanan, kita ada 3 jenis sumber karbohidrat. Pertamanya, kanji macam kanji beras, kentang dan sebagainya. Keduanya, glikogen atau lemak haiwan. Ketiganya, selulosa daripada serat tumbuh tumbuhan.

Daripada tiga jenis karbohidrat ni, hanya kanji dan glikogen je kita boleh hadam. Selulosa kita tak boleh hadam. Berbanding karbohidrat lain, selulosa ni agak kental untuk dihadam. Sebab tu kalau perasan, perut binatang herbivor selalunya unik sikit berbanding haiwan omnivor dan karnivor.

Kanji dan glikogen ni badan kita boleh hadam sendiri, tapi selulosa ni kita perlu bantuan dari bakteria untuk tapai dan hadamkan untuk kita. Sebab tu herbivor ada sistem unik untuk hadam makanan. Contohnya, lembu ada 4 ruang perut yang diperlukan untuk hadam rumput. Arnab pula ada appendiks panjang untuk hadam rumput. Tapai je tak cukup, jadi diorang kena kunyah balik makanan diorang ni.

Lembu misalnya, akan muntah balik makanan dia ke mulut untuk dikunyah kembali sebelum ditelan balik. Arnab pula akan makan taik dia untuk hadamkan sekali lagi saki baki selulosa yang tertinggal. Monyet dan gorilla je tak buat gini, tapi diorang ganti dengan usus perut yang pajang. Sebab tu kalau nampak diorang macam boroi, tu bukan sebab lemak, tapi sebab penuh usus.

Berbanding haiwan lain, manusia dah berevolusi untuk jadi omnivor. Maka, kita tak perlukan usus yang panjang untuk tapai sayur, lagi lagi kita dah reti tanam bijirin, sumber karbohidrat terbaik untuk kita. Cukup kanji dan glikogen dah cukup, selebihnya kita makan sayur tu untuk zat dan lawas berak. Sebab tu walaupun kita ada je bakteria yang boleh tapai sayur dalam perut kita, tapi kita tak boleh hadam selulosa, macam biji cili tu sebab usus kita tak cukup panjang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply