Joker ni, tak kisah komik ke, kartun ke, filem ke, kita kenal dia sebagai seorang penjenayah yang sangat psiko. Penjenayah lain dalam dunia Batman ada yang jahat sebab terpaksa macam Mr. Freeze, ada yang sebab dia mafia macam Penguin, tapi Joker ni lain sikit. Dia jahat, sebab memang dia psiko macam tu. Dia jadi jahat sebab dia sengaja nak psiko, contoh macam dia buat satu bandar Gotham jadi zombie sebab dia sengaja nak psiko Batman.

 

Jadi ni mendatangkan persoalan, kenapa Batman tak bunuh je Joker kalau dah jahat macam tu? Jadi untuk benda ni, kita bincang falsafah sikit. Nak memudahkan cerita, kita anggap je polis Gotham benarkan Batman bunuh Joker, kot kot ada orang cakap Batman tak bunuh Joker sebab dia ikut undang undang.

 

Batman dikatakan tak bunuh orang sebab dia taknak jadi sama jahat macam musuh musuh dia, tak pun dia anggap orang jahat ni pun ada peluang nak jadi baik atau sakit mental. Sebab tu ada musuh musuh Batman ni dihantar ke Arkham Asylum (Hospital Bahagia). Tapi, benda ni tak logik untuk watak macam Joker.

 

Joker ni punya jahat lain macam. Memang tak boleh jadi baik punya orang mengalahkan syaitan. Dulu, ada satu persoalan falsafah bercerita pasal dilema Batman-Joker ni.

 

Katakanlah, ada satu tren ni tengah bergerak laju dan tak boleh berhenti. Depan tren tu ada dua laluan tren, kita panggil A dan B. Laluan A ada sorang manusia kena ikat. Laluan B ada 5 orang kena ikat. Tren ni tak boleh berhenti, tapi kita yang duduk dekat pejabat laluan tren boleh pilih untuk bagi tren ni lalu mana. Jadi persoalan dia, laluan mana yang paling kurang mudarat? Nak bunuh sorang manusia ke atau 5 orang manusia?

Menurut falsafah utilitarianism, maka sepatutnya kita ambil laluan A yang ada sorang manusia kena ikat. Ya, manusia tu akan mati kena langgar tren, tapi sekurang kurangnya sorang je mati, berbanding 5 orang mati di laluan B. Sebab benda ni, utilitarianism ni dipanggil sebagai falsafah ‘matlamat menghalalkan cara’. Ya, cara kita jahat, tapi sekurang kurangnya tak ramai yang kena mudarat dia.

Jadi untuk kes Joker, Joker ni memang dah jahat gila. Hantar banyak kali ke Arkham pun masih sama je gila dia. Letak penjara pun boleh lari lagi. Lagi lama dia hidup, lagi ramai orang mati. Jadi sepatutnya lah, Joker ni patutnya mati je lagi elok. Tapi Batman pilih untuk ikut prinsip dia untuk tak bunuh orang, walaupun dia sendiri tahu selagi mana Joker hidup, selagi tu ramai rakyat Gotham yang akan jadi mangsa Joker.

Jadi kalau korang, korang rasa patut ke Batman bunuh Joker, atau biar je hidup bagi dia ada peluang jadi baik?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply