Kepada para peminat sotong bakar, mari saya ceritakan pasal evolusi sotong. Sotong ni (termasuk sotong kurita dan sotong katak) bersepupu dengan keluarga siput, kerang, tiram, lintah laut, dan haiwan bercangkerang lain. Mereka semua ni masuk dalam kumpulan besar bernama Moluska.

 

Sotong mula berevolusi pada 160 juta tahun dulu. Sebelum 160 juta tahun dulu semua haiwan dari kumpulan Moluska mempunyai cangkerang. Seperti moyang haiwan bernama Nautilus yang pernah hidup pada 480 juta tahun.

 

Sotong pula dulu ada cangkerang dia. Tapi lama-kelamaan cangkerangnya yang tirus mula tidak dapat menampung kepalanya yang semakin membesar dan mempunyai ‘tulang belakang’ sendiri. Jadi, spesis sotong seterusnya tidak lagi memerlukan cangkerang kerana kepalanya tidak lagi memerlukan perlindungan.

 

 

Ada satu spesis sotong kuno ni pernah hidup pada 330 juta tahun lalu di mana fosilnya ditemui di Montana, AS pada tahun 2022. Rupa sotong kuno sepanjang 12 cm ni sebijik dengan rupa sotong sekarang tapi ada 10 sesungut, berbeza dengan sotong sekarang yang hanya ada 8 sesungut.

 

Saintis AS mengandaikan bahawa sotong kuno ini ialah moyang sotong yang dicari-cari! Mereka kemudian namakan sotong ini dengan nama ‘Syllipsimopodi bideni’ sempena nama Presiden AS sekarang iaitu Joe Biden. Kalau sotong masih ada cangkerang, mungkin kita makan sotong bakar dengan sedut isinya keluar dari cangkerang tirus!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply