Baru-baru ini saintis AS (Amerika Syarikat) temui fosil cacing di negeri Utah berusia 500 juta tahun dulu! Jadi, adakah cacing ini ialah moyang kepada segala cacing yang hidup sekarang?

 

Fosil cacing yang saintis AS jumpa ini ialah cacing laut dari spesis baru bernama Shaihuludia shurikeni, sempena nama cacing pasir Shai-Hulud dari wayang Dune.

 

 

Cacing kuno ni taklah sebesar cacing gergasi dari wayang Dune, ia hanya sebesar tapak tangan kita berdasarkan ukuran fosil tersebut. Yang uniknya ialah kepingan berbentuk bintang yang dijumpai di fosil itu. Kepingan bintang itu sebenarnya bulu cacing. Bagi saintis AS, agak unik kepingan ini masih dipelihara sebagai fosil walaupun badan cacing telah lama hancur.

 

Berdasarkan rupa cacing Shaihuludia ini, ia dari kumpulan besar annelida, iaitu kumpulan cacing bersegmen. Jadi, cacing kuno ini bersepupu dengan cacing tanah dan cacing laut.

 

Kembali ke persoalan utama, adakah cacing berusia 500 juta tahun ini ialah moyang cacing tanah? Tak. Sebenarnya, moyang cacing ialah spesis Ikaria wariootia yang berusia 560 juta tahun dulu. Fosilnya ditemui di selatan Australia. Rupa dia pun lebih kurang macam cacing tanah sekarang.

 

 

Jadi, cacing laut ini hanyalah bersepupu dengan cacing tanah sekarang tapi tak bertahan lama. Saintis AS masih lagi mencari mana-mana fosil di negeri Utah yang berusia lebih 500 juta tahun dulu sebab lokasi tersebut adalah lubuk kepada haiwan-haiwan laut dan bercangkerang yang hidup pada fasa Cambrian (538 juta hingga 53 juta tahun).

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply