Cakap pasal satelit ni, mesti kita fikir mesin di angkasa lepas ni berfungsi untuk pastikan kita dapat berhubung secara maya tanpa masalah, seperti membuat panggilan, hantar emel, memeta lokasi, dan mendengar berita dari saluran radio.

 

Tapi, ada antara korang nak tahu tak macam mana satelit berfungsi ketika Bumi berputar mengelilingi Matahari?

 

Ramai antara kita percaya bahawa satelit hanya terapung di luar atmosfera Bumi saja, asalkan ia berfungsi sepenuhnya. Andaian ini sebenarnya ada betul dan salah. Satelit perlu dihantar ke angkasa melalui roket. Untuk mencapai angkasa, roket perlu memecut dengan kelajuan 8 kilometer per saat untuk terbang sejauh 100 kilometer ke langit.

 

 

Apabila sampai ke angkasa, motor roket dimatikan. Kemudian biar satelit mula ditarik oleh graviti Bumi sehingga wujudnya orbit satelit selama 90 minit. Lepas tu, barulah satelit boleh mengelilingi Bumi tanpa masalah.

 

Dalam keadaan tersebut satelit tidak akan jatuh ke Bumi semula kerana pada ketinggian 100 kilometer di langit, atmosfera Bumi semakin nipis, jadi tidak ada tekanan udara yang menjadi faktor utama sesuatu objek terjatuh ke permukaan Bumi.

 

Di sini, keadaan satelit ditarik oleh graviti Bumi tanpa jatuh dipanggil sebagai ‘weightlessness’ atau keadaan tanpa berat badan. Bayangkan badan kita di ketinggian 100 kilometer, kita akan ditarik oleh graviti Bumi tapi tak jatuh, sekaligus jumlah berat kita adalah 0 kilogram sebab tiada tekanan udara di sekeliling.

 

Jadi, satelit nampak terapung dari kaca mata kita tapi ada pergerakan disebabkan ia mengikut orbit yang ditentukan oleh graviti Bumi. Kedudukan satelit mengelilingi Bumi bergantung kepada kelajuan roket menghantar satelit.

 

Jika kelajuan roket mencapai 10 kilometer per saat, satelit akan berada di kedudukan agak jauh dari lokasi biasa satelit berada dan mengelilingi jauh dari Bumi dengan orbit berbentuk bujur.

 

Semakin laju roket menghantar satelit, semakin sukar satelit mengelilingi Bumi kemudian terapung terus di angkasa, menunggu orbit planet lain mengambil alih.

 

Begitulah cara satelit mengelilingi Bumi. Mengikut rekod dari United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) pada Januari 2022, sebanyak 8,261 buah satelit mengelilingi Bumi dan hanya 4,852 buah satelit saja masih berfungsi.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply