Sebenarnya, selain orang kayangan yang kita biasa kenal dalam cerita rakyat, di Amerika Selatan juga ada kaum kayangan tau! Hah, kaum kayangan yang saya maksudkan ialah kaum Chachapoya!

 

Kaum Chachapoya ialah kaum asal yang tinggal di timur Pergunungan Andes, lebih spesifik di utara negara Peru. Kaum ini adalah antara kaum terawal menduduki Pergunungan Andes sebelum Inca.

 

Mereka juga dikenali sebagai ‘Pahlawan-Pahlawan Awan’ kerana mereka tinggal dalam hutan tebal yang penuh dengan kabus. Macam bunian jugalah sebab mereka pun tinggal dalam hutan tebal.

 

Sejak tahun 800 Masihi, kaum ini mempunyai beberapa kerajaan kecil bernama ‘cacicazgos’, hidup secara bertani dan berdagang dengan kaum-kaum dari hutan Amazon dan Pergunungan Andes.

 

Tidak banyak fakta tentang kehidupan seharian dan budaya kaum Chachapoya ni. Hanya rekod dari empayar Inca dan penjajah Sepanyol je ada rekod pasal mereka, termasuklah dua kawasan arkeologi yang popular: makam Sarcophagi of Carajía dan kota kuno Kuélap.

 

Makam Sarcophagi of Carajía yang terletak di kaki Lembah Utcubamba setinggi 2.5 kilometer (km) dari paras laut mampu menceritakan tentang status sosial Chachapoya. Terdapat lapan buah makam batu yang dipahat dan isinya ialah mayat yang dipakaikan kain putih dengan motif burung.

 

 

Rakyat Peru memanggil mereka berlapan yang dimakamkan itu ialah ‘lapan orang bijaksana’. Ini menunjukkan bahawa lapan orang tersebut ialah mereka yang berada di hierarki tinggi dalam masyarakat Chachapoya seperti pendeta, kemudian dimakamkan ke lokasi yang tinggi sebagai penghormatan terakhir.

 

Manakala kota kuno Kuélap juga terletak di Lembah Utcubamba lagi menarik penemuannya. Kota yang terletak di 3,000 meter tinggi dari paras laut ini dibina 700 tahun sebelum pembinaan Machu Picchu.

 

Kota ini juga mempunyai 420 buah bangunan batu kapur yang dipahat dan bumbungnya dari rumput jerami berbentuk kon. Tidak ada kaum asal yang berupaya memahat batu kapur di kawasan tinggi sampailah terbinanya kota Kuélap ini. Hanya kaum Chachapoya saja berupaya buat macam ni!

 

Dengan penemuan kedua-dua tapak arkeologi ini, ternyata kaum Chachapoya ialah kaum yang biasa tinggal di pergunungan dan hutan tebal, sehinggalah dunia mengenali mereka sebagai kaum kayangan dari Amerika.

 

Sehinggalah masuk era empayar Inca pada abad ke-15 Masihi, tentera Inca berjaya menakluk penempatan orang Chachapoya. Ramai pahlawan Chachapoya melawan demi mempertahankan tanah air mereka sehinggalah ketibaan penjajah Sepanyol pada tahun 1530-an.

 

Pernah pahlawan Chachapoya cuba berkomplot dengan penjajah Sepanyol untuk jatuhkan empayar Inca tapi tidak menjadi kerana wabak cacar dari penjajah menyerang para pahlawan ini.

 

Sejak dari situlah ramai orang Chachapoya berasimilasi sebagai orang Inca dan dah tak wujud kaum kayangan Amerika ini.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply