Pasti semua orang kenal Puteri Diana Spencer yang perkahwinannya dan hidupnya dalam keluarga diraja England yang malang.
Tapi, tahu tak ada seorang lagi Puteri Diana Spencer pada abad ke-18 yang turut bernasib malang?
Puteri Diana Spencer dilahirkan di London pada tahun 1710. Beliau merupakan anak kepada Charles Spencer, Earl ke-3 Sunderland dan Anne Spencer, Countess of Sunderland.
Diana ialah anak bongsu daripada lima adik beradik dan cucu kegemaran Sarah Churchill, Duchess of Marlborough iaitu salah seorang wanita paling berkuasa di England dan kawan rapat dengan Permaisuri England.
Diana kehilangan ibunya di usia 6 tahun. Bapanya kahwin baru, tapi 3 adik beradik baharunya itu kesemuanya mati ketika masih kecil.
Di usianya 12 tahun, bapanya pula pergi buat selamanya. Diana kemudiannya tinggal dalam jagaan neneknya, Dowager Duchess of Marlborough.
Apabila menginjak dewasa, Diana dilamar oleh cucu Duke of Somerset, Viscount Weymouth dan Earl of Shaftesbury.
Tapi kesemuanya ditolak mentah-mentah oleh Dowager Duchess yang nak cucunya kahwin dengan orang yang berpangkat lebih tinggi.
Tiba-tiba Diana menghidap penyakit kulit yang mencacatkan rupanya. Dowager Duchess terpaksa bayar mahal pakar bedah terkemuka untuk rawat Diana.
Dowager Duchess buat satu plot untuk kahwinkan cucunya. Dengan hutang yang semakin bertimbun, Dowager Duchess tawarkan £100,000 kepada anak sulung Raja England, Prince of Wales Frederick untuk mengahwini cucunya.
Tarikh dan lokasi rahsia telah dipersetujui. Semuanya berjalan lancar sampailah Perdana Menteri, Robert Walpole tahu pasal rancangan ni melalui pengintipnya.
Atas sebab diplomatik, beliau nak Prince of Wales berkahwin dengan Puteri Augusta dari Saxe-Gotha, salah seorang bangsawan Empayar Rom Suci.
Diana akhirnya tak jadi kahwin dengan Prince of Wales. Dowager Duchess putuskan untuk pilih adik Duke of Bedford iaitu Lord John Russell yang berusia 21 tahun untuk dikahwinkan dengan Diana.
Dua tahun selepas perkahwinan, suami Diana naik takhta sebagai Duke of Bedford selepas abangnya meninggal dunia.
Pada tahun yang sama, Diana yang sedang hamil tercampak dari kereta kuda dalam satu kemalangan yang menyebabkan kelahiran anak lelaki mereka dalam keadaan pramatang.
Malangnya, lebih banyak tragedi menimpa Diana apabila anak lelakinya meninggal dunia sehari selepas pembaptisannya.
Duke yang sangat terdesak nakkan pewaris takhta akhirnya menerima berita gembira apabila Diana hamil lagi.
Tetapi Diana keguguran dan Diana dipersalahkan kerana tak menjaga dirinya sendiri.
Pada musim bunga tahun 1735, Diana hamil untuk kali ketiga. Tetapi semuanya tak seperti yang sepatutnya.
Berat badan Diana mula turun. Rupa-rupanya Diana disahkan menghidap tuberkulosis.
Akhirnya, Diana meninggal dunia pada akhir September 1735 hanya pada usia 25 tahun di Southampton House di Dataran Bloomsbury.
Oleh: Azizul Farhan
___
Rasa nak tahu banyak lagi pasal Eropah dan kerabat diraja England? Dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH di Shopee kami dengan DISKAUN sekarang!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply