Pernah tak anda tonton sebuah dokumentari di Netflix bertajuk “In The Name Of God: A Holy Betrayal?”
Mesti anda akan familiar dengan nama Jeong Myeong-seok, ketua kultus ajaran sesat Jesus Morning Star.
Apa sebenarnya yang si Jeong Myeong-seok ni buat?
Pada tahun 1999, Jeong Myeong-seok terlibat dalam kes gangguan seksual. Ketika itu, Jeong Myeong-seok disyaki melakukan perbuatan tidak sepatutnya terhadap sekitar 100 ahli wanita gerejanya.
Jeong Myeong-seok berpura-pura mengajak mangsa menjalani “pemeriksaan kesihatan” atau “pengampunan dosa”. Bukan setakat itu, Jeong Myeong-seok sebenarnya turut mendera mangsa.
Jeong Myeong-seok cuci otak mangsa untuk berfikir bahawa beliau adalah seorang “Messiah”, kemudian menyalahgunakan kepercayaan mereka untuk melakukan jenayah seksual.
Mangsa akhirnya mengalami trauma yang teruk dan ingin melihat Jeong Myeong-seok dikenakan hukuman berat.
Siri dokumentari yang dikeluarkan tu pun dah cukup ngeri bagi sesetengah penonton.
Masakan tidak, dokumentari tersebut paparkan babak-babak kontroversi antaranya beberapa ahli wanita JMS dalam keadaan tidak berpakaian, memanggil ketua mereka untuk mandi di dalam tab mandi.
Rakaman tu pernah tular di Korea Selatan suatu masa dulu, tapi Jeong Myeong-seok cuci otak pengikutnya dengan mengatakan bahawa wanita dalam video tu adalah pelacur yang dibayar dan klip itu dimanipulasi.
Apa yang berlaku pada Jeong Myeong-seok?
Malangnya, Jeong Myeong-seok melarikan diri ke luar daripada Korea Selatan. Jeong Myeong-seok masih melakukan perbuatan yang sama terhadap pengikutnya di Jepun dan Taiwan.
Selepas melarikan diri selama 8 tahun, Kementerian Keselamatan Awam China menangkap Jeong Myeong-seok di Beijing pada 1 Mei 2007. Jeong Myeong-seok kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
Walaupun dipenjara, hukuman tersebut tak menghalang daripada kultus tu masih beroperasi. Jeong Myeong-seok masih menguruskan kultusnya secara jarak jauh yang dihantar melalui pelawat penjara dan pengganti Jeong Myeong-seok, Jeong Jo Eun.
Sejurus selepas dibebaskan dari penjara pada 2018, Jeong Myeong-seok terus melakukan jenayah seksual di dalam gerejanya sekali lagi.
Kali ini Jeong Myeong-seok menyerang 3 pengikut wanita JMS sebanyak 23 kali antara Februari 2018 hingga September 2021. Dua daripada mangsa tersebut merupakan warganegara asing.
Dan pada 22 Disember 2023, Mahkamah Daerah Daejeon jatuhkan hukuman penjara 23 tahun kepada Jeong Myeong-seok atas kesalahan tersebut.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebab itulah anda kena dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA. Buku ni akan buka mata anda supaya anda lebih faham tentang agama dan tidak membuta tuli semata-mata. Dapatkan segera dengan DISKAUN di Shopee kami:
Atau di Website kami:




No comments yet