George Soros buat keputusan tergempar. Dia akhirnya melepaskan perniagaannya. Dah pasti korang kenal siapa George Soros ni. Nama dia tak mungkin lekang. Asal timbul jer, mesti orang maki. Kenapa agaknya? Teori konspirasi pasal dia memang banyak. Tapi sebelum tu, korang tertanya tak macam mana dia kaya? Kaya bukan sikit-sikit. AS$25 bilion kot. Siap dia pernah buat AS$1 bilion dalam masa 24 jam! Kita ni nak buat AS$100 pun belum tentu.

Saya akan bercerita sikit… sebab tak guna kita benci seseorang tanpa mengetahui cara dia berjaya. Soros ni ada mentaliti survivor. Sebab dia dilahirkan berbangsa Yahudi di Hungary pada tahun 1930. Zon dia tu dilanggar pengaruh Pemimpin Jerman 1940-an. Taknak diapa-apakan, dia bersama keluarga mengaku diri Kristian. Selepas Perang Dunia Kedua, Soros berhijrah ke England. Sini dia melanjutkan pengajian di London School of Economics… sambil bekeerja part time di stesen kereta api dan restoran.

Selepas habis belajar, dia membuka sebuah syarikat pelaburan. Hasrat dia asalnya nak jadi profesor, tapi result tak bagus. Point One: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Saya taknak nak agungkan Soros sangat. Tapi apa dia buat tu betul. Kerja macam lembu. Part-time waiter bagai. Namun matlamat dia jelas. Dapatkan ijazah. Plan A tak jadi. Plan B dah ada. Switch jer. Cuma itulah…

Plan B dia tu sebenarnya batu loncatan jer untuk pergi ke Plan C. Pada tahun 1956, dia berhijrah ke NYC jadi fund manager entiti-entiti Wall Street. Waktu ni dia plan nak sebat AS$500K dan bersara untuk belajar falsafah. Tapi tahun 1970, dia asaskan Soros Fund Management yang kemudian dijenamakan semula jadi Quantum Fund. Waktu diasaskan, Quantum Fund uruskan AS$12 juta dalam bentuk aset berpelbagaian. Tahun 2011? QF pegang AS$25 bilion.

Ketika 1990-an, dia mula letak mata kat UK. Masa tu UK sebahagian daripada Mekanisme European Exchange Rate (ERM). Sistem ni dibuat untuk mencapai kestabilan kewangan kat Eropah sebelum kedatangan matawang Euro. Tapi tahun 1992, ekonomi UK meleset sebab British pound overvalued. Kerajaan UK letak interest rate tinggi, kerana ERM ni. Quantum Fund kemudian bergerak. Mereka buat short-selling. Short-selling matawang ni lebih kurang jer macam saham.

Dia pinjam British pounds untuk jual dalam matawang lain. Tapi kat sini ada macam ‘akad’ untuk beli balik nanti. Memang tahun 1992, ada penyusutan:

24 Julai 1992 – USD1 = GBP0.52.

2 April 1993 – USD1=GBP0.65.

Apa yang dia buat sebenarnya. Okay bayangkan macam ni jer. 24 Julai, dia pinjam GBP1 juta. Convert ke USD dapat berapa? AS$1.923 juta. Bila GBP dah susut tu, katakanlah dia buat keputusan untuk tukar balik 2 April. Maka dia dapatlah GBP1.25 juta. Untung GBP250,000. Strategi ni menjadi sebab dia tahu UK takkan mampu kekalkan sistem ERM. Akan devalue punya. Dah devalue tu, mudahlah dia dapat untung. Tapi dia tak cekau GBP250,000. Dia buat short selling punya dahsyat sampai dapat untung AS$1 bilion. Sebab hari tu, dia short sold AS$10+ bilion dalam bentuk GBP.

Memang gila betul. Media sanjung dia sebagai “The man who broke the Bank of England”. Atas sebab ni, semua bengang. Tahun 1996, katanya Soros terlibat jual berbilion matawang Finland. Strategi sama. Cara sama. Sebab Finland ada masalah ekonomi masa tu. Apa-apa pun, yang sahih kat sini, dia faham ekonomi sampai ke tahap boleh predict dengan cekap. Sekarang bayangkan betapa dia faham saham. Ramai percaya kat dia but alas, it is an end of an era.

Dia pun dah berumur 92 tahun. Dan akhirnya, dia buat keputusan untuk serahkan kunci empayar kewangan dia kat Alex Soros.

Mamat ni saya nampak memang persis Soros. Pemikiran pun sama. Cuma dia ni lebih berpolitikal untuk dibandingkan dengan George Soros. Dia dah biasa berjumpa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dunia. Dan dengan dana sebegini besar, Alex boleh buat apa sahaja. Keluarganya ada nonprofit yang mengeluarkan dana AS$1.5 bilion setahun. Dana sebegini banyak disalurkan atas dasar untuk menyokong hak asasi manusia di serata dunia… dan membina demokrasi.

Alex ni lebih terbuka dalam berkata-kata. Pernah jer dia cakap, “aku sangat suka tabur duit untuk politik…” apabila ditanya pasal peranan kewangna organisasi Soros dalam pilihan raya presiden. Keadaan gini menampakkan keluarga Soros akan lebih terlibat secara fizikal dalam aspirasi politikal dunia. Benda ni kita tak tahu sama ada baik… atau buruk. Kena tunggu dan lihat jer. Dan pada harini, kita dah kenali George Soros dan juga peranan dia dalam dunia kewangan. Dia pandai buat duit. Dia pandai jaga aset. Dia pandai agak-mengagak.

Dan dia sangat pandai melanggar bila nampak peluang. Atas sebab tu barangkali, dunia benci dia… dan mula berspekulasi macam-macam hingga ke level konspirasi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply