Korang pernah tengok cacing pita tak? Kalau tak pernah korang wajib tahu pasal cacing ni sebab silap hari bulan cacing ni duduk dalam perut kita, lepas tu dia jadi ‘saka’ makan makanan yang kita hadam.

Cacing Pita (Tapeworm) atau cacing Cestoda ialah kumpulan cacing parasit dalam keluarga cacing pita sendiri iaitu Platyhelminthes. Nama keluarga ini terang-terang bermaksud ‘leper’. Semua spesis cacing dalam kumpulan Cestoda ialah jenis parasit.

 

 

Cacing ini biasa tinggal dalam perut haiwan ternakan seperti lembu dan khinzir. Telurnya melekat dalam daging. Ada sesetengah telur keluar dari dubur bersama najis. Jika daging ternakan tidak diproses secara betul atau dimakan mentah, kemungkinan besar cacing pita ini menjadikan perut manusia sebagai rumah kedua.

Selain leper, panjang cacing ini bergantung kepada panjang usus perumah. Maksimum panjang cacing pita ialah 20 meter. Panjang cacing pita dalam perut ikan paus boleh mencecah 30 meter. Cacing pita juga boleh beranak sendiri dengan hasilkan telur dan sperma, kemudian cantumkan membentuk telur. Ini dipanggil spesis hermaphrodite, haiwan yang mempunyai dua jantina.

Kalau bahagian abdomen korang merasa sakit, cirit-birit, berat badan menurun mendadak walaupun makan begitu berselera, kemungkinan besar cacing pita ini dah sampai dalam perut korang. Nak hapuskan cacing ni cuma makan ubat anti-cacing je, tapi bergantung kepada jenis ubat yang mampu hapuskan beberapa spesis cacing parasit.

Peratusan manusia kena jangkitan cacing ini biasanya rendah kalau kita tinggal di kota. Biasanya jangkitan ini terjadi di kawasan perkampungan atau kota yang tidak menjaga kebersihan daging yang diproses. Jadi, korang tak perlu risau pasal jangkitan cacing pita asalkan korang masak daging sepenuhnya.

Nak lagi kisah pasal cacing parasit ini? Jom dapatkan THE PLAGUE: SEJARAH WABAK DUNIA! Koang boleh beli di Shopee kami sempena jualan PASCA PBAKL: https://bit.ly/ThePlagueShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply