
Kelmarin tadi, tertularnya sebuah kempen menyeru rakyat yang tersangat memerlukan bantuan agar mengibarkan bendera putih di halaman rumah supaya pihak yang mampu dapat menyalurkan pertolongan sebaik mungkin. Sambil admin meneliti fenomena inisiatif ini, teringatkan pula kisah lagenda meriwayatkan asal-usul tanglung merah semasa Tahun Baru Cina. Diceritakan, pada ambang kejatuhan Dinasti Ming, bang

Pada 11 Mei lepas, Ratu Elizabeth II mengisytiharkan pembukaan Parlimen. Dalam perasmian yang dilangsungkan sepenuhnya mengikut tradisi warisan Inggeris, terdapat tradisi yang nampak ‘kurang ajar’ jika tidak difahami sejarahnya. Berbeza daripada sistem Parlimen Malaysia, Singgahsana baginda terletak di House of Lords (Dewan Negara). Maka, sejurus baginda mencemar duli dan bersemayan di situ, bagin

Tianfang 天房 (Lihat segi empat merah sebelah kanan) secara harfiahnya bererti ‘Rumah Kudus’ atau ‘Rumah Tuhan’. Istilah paling dekat dengan maksud ini ialah Baitullāh بَيْتِااللّٰه . Istilah ini dijumpai seawal catatan zaman Dinasti Yuan, dalam naskah Xishi Ji 西使记 (Catatan Kembara Perutusan ke Barat) coretan Liu Yu 刘郁, demikian ayat asal dan terjermahan harfiahnya: 「报达之西,马行二十日,有天房,内有天使神人之祖葬处也。师名癖颜八

Jikalau ada titah Maharaja China yang menyebut nama Nabi Muḥammad ﷺ secara spesifik, ia adalah titah Maharaja Yongle kepada Imam Haji Miri. Muḥammad dieja dalam Bahasa Cina sebagai Mahama 马哈麻 (baris ke-3 dari kanan selepas tajuknya, 3 perkataan pertama di atas). Demikian titahnya – [Terjermahan] Titah kepada Haji Miri: Beta percaya barang siapa yang ikhlas

Masjid Huaisheng (怀圣寺) di Guangzhou, adalah salah satu antara 4 Rumah Allah yang tetua di China. Selain daripada tempat bersemadinya lagenda Makam Saad Ibn Abi Waqqas, ia turut mempunyai sentuhan diraja. Pada pintu gerbang selatannya, terdapat kaligrafi Cina 4 perkataan yang tertera “教崇西域” (Jiao Chong Xiyu) yang bermaksud “Agama dari Rantau Barat”. Rantau barat merujuk

Tidak, Masjid Phoenix bukan dibina oleh Harry Potter ???? Dipercayai dibina sekitar zaman Dinasti Tang dan Song oleh pedagang Arab Muslim, Masjid Fenghuang merupakan suatu contoh gabungan senibina Timur Tengah dengan tempatan China. Nama lain masjid ini ialah ‘Tokong Agama Hakikat’ (真教寺 Zhenjiao Si). Fenghuang bermaksud Phoenix, sejenis burung mistik yang mewakili kebesaran Maharani, manakala

Ada yang berpendapat demonstrasi Julai 2009 di Ürümqi, Provinsi Xinjiang adalah kali terakhirnya, namun ia adalah terhad kepada masyarakat Uyghur sahaja. Perbincangan ini membawa kita kembali kepada Mei 1989. Ia bukan sahaja melibatkan umat Islām pelbagai suku kaum seperti Hui, Uyghur, Kazakhs dan Kyrgyz, bahkan demonstrasi ini dibenarkan oleh kerajaan China. Mungkin juga inilah kali

Bendera berwarna-warni di perkarangan masjid, jemaah bergilir-gilir membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’ān, asap setanggi pandan mengharumi dewan solat. Itulah antara cebisan-cebisan kenangan penulis semasa menerima jemputan menghadiri sambutan Maulidur Rasul (مولد الرسول) di Beijing pada tahun 2011. Di kalangan masyarakat Hui, hari ini dikenali sebagai Shèngjì Jié (圣纪节 / “Perayaan Mengenang Pendeta”

Dalam segala pemerhatian Du Huan 杜环 terhadap kehidupan rakyat di bawah pemerintahan Khilāfah ʿAbbāsīyah, sempat juga beliau mencatatkan secebis isi khutbah Jumaat dalam kitabnya Jingxing Ji 经行记. Walaupun tidak disebut nama khatib mahupun masjidnya, namun semakan bersilang rujuk (???????????????????? ????????????????????) dengan sumber sejarah ʿAbbāsīyah lain membawa kita kepada ʾAmīrul-Muʾminīn Kh