Hari ini, bersepah di Twitter, kita dapat lihat anak-anak Melayu merendahkan Bahasa Melayu. Pelbagai tuduhan yang sangat menyedihkan dilumurkan pada bahasa yang pernah jadi Lingua Franca dunia ini!
Hubungan diplomatik Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming bermula apabila Maharaja Yongle mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka 1405. 2 tahun kemudian, Maharaja Yongle menitahkan sebuah Balai Bahasa-Bahasa Asing bernama Siyi Guan (四夷馆).
Di antara jawatankuasa-jawatankuasa dalam Siyi Guan, tertubuhnya Balai Melaka (满剌加馆), yakni balai untuk menterjermah Bahasa Melaka yang kita faham sekarang sebagai Bahasa Melayu. Biau benau, Raja Cina nak orangnya fasih Bahasa Melayu?
TETAPI sebelum itu, kalau korang berminat nak baca fakta-fakta menarik macam thread ni tentang Tamadun Cina, bolehlah beli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN CINA tulisan saudara Ayman Rashdan Wong. Beli di: http://bit.ly/3csqauf
Nak tambah kejutan, Siyi Guan siap terbitkan lagi sebuah kamus Bahasa Melayu untuk mengukuhkan pembelajaran mereka. Diberikan nama Manlajia Guo Yiyu 满剌加国译语 (Kamus Terjermahan Bahasa Melaka). Kamus ini merupakan warisan tinggalan Siyi Guan yang sungguh bernilai bagi rakyat Malaysia. Malah, Profesor Kong Yuanzhi 孔远志 daripada Universiti Peking (北京大学) juga mengiktiraf hakikat ini.
“《满剌加国译语》不仅是第一部马来语汉语词典,也是世界上第一部马来语词典。”
(Kamus Bahasa Melaka bukan sahaja adalah kamus Bahasa Melayu-Cina pertama, bahkan adalah kamus Bahasa Melayu yang pertama di dunia)
Keseluruhan kandungan isinya ditulis dalam huruf Cina. Ya, bukan huruf Latin ABC kerana orang Eropah tak sampai-sampai lagi. Menariknya, setiap istilah Melayu ditransliterasikan dengan sebutan Cina, besertakan maksudnya dalam Bahasa Cina. Sebagai contoh, kitab terbitan tahun ke-19 Wanli 万历 (1591) yang bertajuk Xian Bing Lu 咸宾录 (Rekod Segala Tetamu) diselitkan beberapa contoh istilah Melayu besertakan penerangannya. Memetik ayatnya:
其译语呼天为安剌,地为布迷,日为哈利,月为补蓝。
(Antara terjermahannya, langit disebut ‘an-la’ 安剌, bumi disebut ‘bu-mi’ 布迷, bulan disebut ‘bu-lan’ 补蓝.)³
Sayangnya, manuskrip asalnya telah hilang ditelan zaman. Namun salinan kamus ini kini dalam simpanan NGO Centre for Malaysian Chinese Studies (马来西亚华社研究中心). Sesalinan ini juga disimpan oleh En. Yang Quee Yee 杨贵谊, penerbit Kamus Singkatan Bahasa Melayu [Melayu-Cina] 1969.
Pernahkah ada orang Melayu zaman Melaka yang menguasai Bahasa Cina? Ya, ada. Ditemui dalam Rekidai Hōan (歴代宝案), yakni “Dokumen Bernilai Turun Temurun”, yang mana beberapa watikah kepada Raja Ryukyu dikarang oleh Laksamana atas arahan titah Sultan Melaka. Watikah-watikah ini semuanya dalam tulisan Cina, bertarikh tahun ke-16 Chenghua 成化 (1480) dan diakhiri dengan nama darjat penukilnya iaitu Laksamana yang dieja Lè-zuò-má-ná 乐作麻拿, dan watikah lain pula dieja Lè-xì-má-ná 乐系麻拿.⁴
Sama ada Laksamana itu merujuk kepada Hang Tuah ataupun sebaliknya, itu perbahasan lain ya. Memandangkan kita baru membincangkannya, admin teringat pula dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan bahawa beliau secara peribadi fasih bertutur banyak bahasa asing. Kata Profesor Arndt Graf, mahaguru pengajian Melayu dari Universiti Goethe, German, “Hang Tuah menguasai 12 bahasa asing. Namun, beliau masih berbahasa ibundanya, Melayu.”
Mesti anda semua terfikir betapa mencabarnya bagi mempelajari Bahasa Cina. Namun kita seharusnya beringat-ingat. Tiada apa di dunia ini yang terlalu mencabar jika kita curahkan kesungguhan kita sepenuh jiwa raga. Begitu juga dalam kefasihan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu. Kita kata tiada gunanya mempelajari Bahasa Melayu hanya kerana ia tiada nilai di dunia ekonomi mahupun sains dan teknologi.
Ya, Bahasa Melayu tiada nilai kerana kamu sendiri enggan memberikannya nilai, bukan bahasa itu sendiri. Siapa lagi yang boleh memartabatkan lagi Bahasa Melayu jika bukan rakyat Malaysia sendiri? Lebih 600 tahun lalu, Dinasti Ming sebagai kuasa besar dunia, gigih mempelajari Bahasa Melayu semata-mata ingin mengukuhkan hubungannya dengan Melaka yang masih lagi baru dalam kebangkitan sebagai pusat perdagangan terkemuka.
Hari ini, kita pula disarankan untuk belajar Bahasa Mandarin kerana Republik Rakyat China semakin pesat berkembang sebagai kuasa besar ekonomi kedua terbesar selepas Amerika Syarikat. Tak salah. Laksamana Melaka sendiri pun kuasainya. Namun demikian, mengapakah jarang kita dengar saranan berbanggalah bertutur dalam Bahasa Melayu DAN juga fasih dalam Bahasa Mandarin? Boleh baca artikel ni di portal kami terus, tulisan Zhang Faris.
Dan akhir kata, kalau anda berminat dengan sejarah Tamadun Melaka, boleh beli buku kami, Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka. Boleh beli di: http://bit.ly/3IXlf0G
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih