Masjid Huaisheng (怀圣寺) di Guangzhou, adalah salah satu antara 4 Rumah Allah yang tetua di China. Selain daripada tempat bersemadinya lagenda Makam Saad Ibn Abi Waqqas, ia turut mempunyai sentuhan diraja.

Pintu gerbang selatan, Masjid Huaisheng

Pada pintu gerbang selatannya, terdapat kaligrafi Cina 4 perkataan yang tertera “教崇西域” (Jiao Chong Xiyu) yang bermaksud “Agama dari Rantau Barat”. Rantau barat merujuk kepada Asia Tengah dan Timur Tengah.

Perincian kaligafi tulisan tangan Maharani Balu Cixi

Kaligrafi ini ditulis pada 20 haribulan 8, tahun ke-27 era Guangxu (2 Oktober 1901) Dinasti Qing. Di atas kaligrafi tersebut mempunyai cap mohor Maharani Balu Cixi (慈禧皇太后). Beliau berasal daripada kerabat Yehe Nara yang berbangsa Manchu. Nama darjat dalam bahasa ibundanya ialah Hiyoošungga Gingguji Iletu Hūwangheo (ᡥᡳᠶᠣᠣᡧᡠᠩᡤᠠ ᡤᡳᠩᡤᡠᠵᡳ ᡳᠯᡝᡨᡠ ᡥᡡᠸᠠᠩᡥᡝᠣ).

Maharani Balu Cixi / 慈禧皇太后 (1835- 1908)

Dalam sejarah China, pengaruh Cixi sangat berkuasa sehingga menjadikan anak saudaranya Maharaja Guangxu sebagai pemerintah boneka. Kuasa pemerintahan Cixi turut menjangkau Wu Zetian, wanita berstatus Maharaja pada zaman Dinasti Tang.

Oleh sebab bimbangkan usaha permodenan negara akan mengurangkan kuasa kerabat diraja, Cixi menjatuhkan hukuman m4ti terhadap sesiapa yang terlibat dalam gerakan Reformasi 100 Hari (戊戌变法), sebuah usaha kerjasama antara Maharaja dengan para sarjana seperti Kang Youwei dalam memajukan China sepertimana Jepun bangkit dalam kemajuan melalui Pemulihan Meiji.

Antara intipati gerakan ini termasuklah memperkenalkan sistem Maharaja Berpelembagaan. Tidak hairanlah usaha ini ditentang oleh Cixi dan golongan konservatif.

Maharaja Guangxu / 光绪帝 (1871 – 1908)
Kang Youwei (1858-1927)

Susulan tindakan Cixi, Maharaja Guangxu diletakkan dalam tahanan rumah. Selepas itu, semua perintah Cixi diumumkan melalui titah bercapmohorkan Maharaja. Sungguhpun demikian, Guangxu mangkat sehari sebelum kewafatan Cixi. Khabar angin menyatakan Guangxu mangkat diracun supaya baginda tidak dapat lagi meneruskan kempen reformasinya selepas kewafatan Cixi.

Ia terbukti pada 4 November 2008 apabila pihak forensik China mendapati jenazah Paduka Baginda mengandungi kimia arsenik sebanyak 2,000 kali lebih tinggi daripada kebanyakan kes keracunan kimia. Hal demikian terbukti juga dengan rekod perubatan diraja yang menyatakan bahawa baginda pernah jatuh gering yang amat luar biasa dengan kulitnya bertukar kebiruan. Namun segala maklumat ini tidak didedahkan semasa zamannya.

Atas ialah makam Chongling (崇陵), provinsi Hebei, di mana Maharaja Guangxu dan Maharani Longyu dikebumikan. Kerandanya diletakkan dalam gua bawah tanah buatan.

Kredit – https://www.sohu.com/a/365293604_120366109
???????????????????????? ???????????????????? ???????? ~ 鄭和遺風 ~ لڬسي چيڠ هو

ᴡᴡᴡ.ғᴀᴄᴇʙᴏᴏᴋ.ᴄᴏᴍ/ʟᴇɢᴀsɪᴢʜᴇɴɢʜᴇ
.
RUJUKAN:

“Arsenic killed Qing Emperor, experts find”. New York Times. 4 Nov 2008. https://www.nytimes.com/…/04iht-emperor.1.17508162.html , dicapai 1 Dis 2020


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Semenjak kembali kepada ad-Dīn dan melanjutkan pengajian di Universiti Perguruan Beijing (北京师范大学), kajian Islām di China menjadi penyemarak minatnya terhadap sejarah. Walaupun salasilahnya bersambung daripada Guǎngdōng, China, dirinya lebih giat menyambung titik-titik perpaduan di Nūsantara.

Comments are closed.