
1. Dalam bab terakhir kitab As Syamaail Al-Muhammadiyah Imam At Turmudzi ada diceritakan bagaimana apabila seseorang mendakwa bermimpi jumpa Rasulullah ﷺ, maka akan disoalkan ciri-cirinya secara rapi. 2. Hadith tersebut, sebagaimana dalam tangkap layar berikut; ringkasannya ialah Sidna Ibnu Abbas Rådiyallāhu’anhu meminta agak diterangkan secara terperinci orang yang dilihat dalam mimpi yang dikata

Semenjak dua ini istilah Bani Jāwi ini sering diungkapkan namun tidak diberikan pengertian tentang siapakah mereka dan dan asal usul penamaannya. Lebih malang, istilah ini sering digunakan pendukung teori konspirasi tanpa asas yang benar. Penegasan: Tulisan pendek ini tidak akan menyentuh berkenaan genetik mahupun keturunan sesebuah bangsa kerana ia bukan tumpuan utama dalam menjelaskan istilah

Sayyiduna Abdur Rahman bin ‘Auf رضي الله عنه seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Imam Al Bukhari رحمة الله عليه pada perperangan Badar telah didatangi oleh dua orang budak (sebahagian muarrikh menyatakan,usia mereka ketika itu sekitar 12 tahun sahaja!) telah datang kepadanya dan bertanya; “Pak cik,dimanakah Abu Jahal?” Takjub dengan pertanyaan mereka,lalu beliau bertanyakan kepada keduanya;

1. Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain. 2. Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali seba

Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut: Daulat dan Tulah sering beriringan, iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar ‘Daulat’ seorang Raja Melayu. Ini kerana Daulat terbina atas persef

Bagai babi merasa gulai Maksudnya: Perbuatan seseorang yang hina hendak menyamai orang kaya. Kenapa babi dan gulai? Sebab secara tabiatnya babi makan kotoran, sedang gulai makanan manusia, suatu yang mulia. Jadi kalau babi sudah hendak merasa makanan manusia, faham sendirilah! Bagai mengalung mutiara ke leher babi Maksudnya: Orang yang tidak pandai meletakkan sesuatu yang bernilai

#Tanjak Warisan Adalah Perakam Sejarah Ada yang bertanyakan Abang, ada bezakah antara Tanjak #Warisan dengan Tanjak Kreasi atau Gubahan Baharu? Jawapannya ada,dan salah satu keistimewaan Tanjak Warisan ialah ia juga berfungsi sebagai perakam sejarah. Tanjak Warisan bermaksud Tanjak yang diwariskan teknik pembuatan atau karangannya daripada pembuat yang asal,bersusur galur hingga kepada pengarang t

Apa maksud ” Menjaga tepi kain orang?” Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu. Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain. Oleh kerana

Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna. Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu. “Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi” Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang