1. Dalam bab terakhir kitab As Syamaail Al-Muhammadiyah Imam At Turmudzi ada diceritakan bagaimana apabila seseorang mendakwa bermimpi jumpa Rasulullah ﷺ, maka akan disoalkan ciri-cirinya secara rapi.
2. Hadith tersebut, sebagaimana dalam tangkap layar berikut; ringkasannya ialah Sidna Ibnu Abbas Rådiyallāhu’anhu meminta agak diterangkan secara terperinci orang yang dilihat dalam mimpi yang dikatakan Rasulullah ﷺ itu barulah beliau mengiyakan mimpi tersebut.
3. Cahaya putih dan sebarang ciri yang tidak jelas tidak dapat dijadikan sandaran bahawa yang dilihat itu adalah Rasulullah ﷺ. Benar, syaitan tidak boleh menyerupai Baginda tetapi syaitan boleh menghadirkan apa jua wajah dan dikatakan itulah Baginda.
4. Antara ciri yang tidak sabit dengan Baginda ialah beruban putih seluruh rambut dan janggut, bersalahan dengan hadith² sifat rambut dan janggut Baginda.Liciknya syaitan entah wajah Gandalf yang dipaparkan kemudian dibohongnya kita bahawa itu Rasulullah ﷺ!
5. Jika benar sekalipun yang dilihat dalam mimpi itu sabit dengan ciri-ciri fizikal Baginda sekalipun, ia tidak membawa beban syari’at kerana sifat Baginda sebagai seorang Rasul harus menyampaikan syari’at ketika hayat dunia Baginda seluruhnya. Dan sekiranya kita katakan ada hukum-hakam yang Baginda tidak sampaikan ketika hayat dubia Baginda dan hanya disampaikan selepas wafat Baginda, maka itu suatu tohmahan ni bahawa Baginda tidak amanah dalam menyampaikan wahyu dan syari’at!
6. Berhati-hatilah.
Ingat ancaman Baginda; مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” ( Riwayat Al Bukhari)
والله أعلم




No comments yet