Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:

Daulat dan Tulah sering beriringan, iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar ‘Daulat’ seorang Raja Melayu. Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.

Persefahaman janji itu adalah di antara Demang Lebar Daun, yang asalnya adalah Raja Palembang yang merendahkan dirinya untuk menjadi rakyat dan mengangkat bakal menantunya, Sang Sapurba sebagai satu-satunya Raja bagi orang-orang Melayu.
Perjanjian keduanya ini terakam di dalam Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang seperti berikut:

“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun.. Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu’

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.

Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa.
Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya.”

Ringkasan janji daripada Demang Lebar Daun sebagai wakil bagi rakyat Raja adalah; Jika ada dari kalangan hamba Raja yang berbuat salah silap maka dihukum sewajarnya atau dibuangkan negeri tetapi jangan dipermalukan.

Manakala Sang Sapurba atau Seri Teri Buana pula menuntut janji agar jangan ada dari kalangan rakyatnya menderhakai atau membunuh Raja meski ia zalim, akan tetapi memadailah menjadikan Raja itu berundur dan diganti.

Manakala Sang Sapurba atau Seri Teri Buana pula menuntut janji agar jangan ada dari kalangan rakyatnya menderhakai atau membunuh Raja meski ia zalim, akan tetapi memadailah menjadikan Raja itu berundur dan diganti.

Demang Lebar Daun kemudiannya yang mula-mula mengungkapkan kepada Sang Sapurba; “Barang Daulat Tuanku bertambah-tambah.”

Ia membawa maksud ; Kebahagiaan, keselamatan dan panjang umur Tuanku,selama mana kedua-dua pihak berpegang teguh kepada janji mereka. Maka itu sebabnya mereka yang derhaka kepada Raja tanpa sebab dikatakan akan ditimpa ‘tulah’ kerana melanggar janji tersebut.

Maka ungkapan ‘Daulat Tuanku’ semenjak hari itu seringkali disebut-sebut bagi mengingatkan pihak rakyat dan Raja akan janji setia kedua belah leluhur mereka suatu masa dahulu. Oleh kerana itu, ucapan “Daulat Tuanku” bukanlah bermaksud pengangungan kepada Raja.

Justeru ungkapan ini tidaklah wajar ditukarkan mahupun diganti kerana maksud sebenar yang terkandung didalamnya sebenarnya mengingatkan kedua-dua pihak Raja dan Rakyat akan tanggungjawab masing-masing.

Demikianlah secara ringkas. Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah yang berkekalan kepada KDYMM Raja-Raja Melayu dalam pemerintahan. DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.