Sayyiduna Abdur Rahman bin ‘Auf رضي الله عنه seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Imam Al Bukhari رحمة الله عليه pada perperangan Badar telah didatangi oleh dua orang budak (sebahagian muarrikh menyatakan,usia mereka ketika itu sekitar 12 tahun sahaja!) telah datang kepadanya dan bertanya;
“Pak cik,dimanakah Abu Jahal?”
Takjub dengan pertanyaan mereka,lalu beliau bertanyakan kepada keduanya; “Apa urusan kalian dengannya?”
Salah seorang dari mereka iaitu Muawwidz bin Afra’ رضي الله عنه berkata ;
“Sesungguhnya saya telah mendengar bahawa dia telah mencaci maki Rasulullah صلى الله عليه و سلم , MAKA DEMI ALLAH YANG JIWAKU DALAM GENGGAMAN KEKUASAAN NYA,SAYA TIDAK BOLEH MENUTUP MATA SELAGI ABU JAHAL MASIH BERNYAWA!”
Secara tiba tiba,Sayyiduna Abdul Rahman terlihat kelibat Abu Jahal tidak jauh dari mereka,yang dikawal rapi sehingga hampir mustahil untuk didekati.
Lalu Sayyiduna Abdul Rahman menunjukkan kepada mereka seraya berkata; “Itulah orang yang kalian kehendaki”
Lalu kedua-dua budak ini berlari mendapatkan Abu Jahal.
Sayyiduna Mu’adz رضي الله عنه berhasil memutuskan betis Abu Jahal dengan libasan pedangnya,yang mana mengakibatkan Sayyiduna Ikrimah رضي الله عنه anak kepada Abu Jahal (yang masih belum Islam lagi ketika itu) telah menebas tangan sayyiduna Muadz sehingga tangannya tergantung antara bahu dan badannya.
Kerana merasa terganggu dengan tangan yang hampir putus,beliau memijak tangan beliau dan merentapnya sehingga tercerai dari tubuh,agar beliau bebas bergerak dan tidak terganggu dengan tangannya itu!
Ketika itu Sayyiduna Muawwidz pula berjaya merebahkan Abu Jahal ke tanah,lalu akhirnya matilah sang penghina nabi,di tangan dua orang budak kecil!
Lalu keduanya mendapatkan Rasulullah صلى الله عليه و سلم dan menyatakan bahawa masing masing telah berhasil membunuh Abu Jahal.
Lalu Baginda bertanya kalau kedua mereka masih ada kesan darah di pedang masing masing?
Setelah ditunjukkan kepada Baginda,Baginda menyatakan bahawa kedua dua merekalah yang telah membunuh Abu Jahal!
Catatan:
1)Kedua-dua mereka berumur kurang dari 15 tahun ketika itu.
2)Perincian kisah ini dinyatakan bahawa Abu Jahal hanya dicederakan oleh keduanya,tetapi dihabiskan riwayatnya oleh sahabat yang lain.
3) Kedua-dua mereka adalah orang Ansar,kerana itu mereka tidak mengenali Abu Jahal.
4)Nama sebenar Abu Jahal; Amru bin Hisyam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih