Korang pernah dengar tak pasal Surat Yang Sultan Muhammad Al-Fateh kirimkan kepada Sultan Melayu Melaka? Memuji kerajaan Melayu tersebut.
Tetapi kenapa ada benda tak kena pada surat tersebut?
Kita bedah satu-persatu. Ini ialah petikan terawal surat tersebut:
“Dari hamba Allah,
Penakluk Konstantinopel,
Sultan Mehmed II Al-Fatih Ibn ‘Sultan Murad,
Khalifah Empayar Uthmaniyyah,
Amirul Mu’minin (Pemimpin Dunia Islam)
Yang dianugerahkan Allah kekuatan,
Oleh orang yang telah mengajar Islam kepada kita ,setelah wafatnya junjungan mulia Muhammad SAW. ”
Kalimah “khalifah empayar Uthmaniyyah” yang diperkatakan dalam surat ini ada kepincangan.
Sultan Muhammad Al-Fateh bukanlah khalifah pada zamannya. Khalifah pada zaman itu masih lagi Khalifah Abbasiyah yang bertakhta di Mesir, tetapi sekadar simbol sahaja kerana yang berkuasa ialah Dinasti Mamluk.
Sultan pertama Uthmaniyah yang ditabalkan sebagai Khalifah ialah Sultan Selim I, yang dibawah pemerintahannya, baginda telah menakluk Kerajaan Mamluk pada 1517 di Mesir.
Perang Uthmaniyah-Mamluk pada 1517 Masihi barulah tampuk kekhalifahan beralih dari Abbasiyah kepada Uthmaniyah. Ini pun 70 tahun selepas tarikh surat yang dikirimkan dalam surat ini.
Al-Mutawakkil III, Khalifah terakhir Abbasiyah kemudian dibawa sebagai tawanan perang ke Istanbul. Pada ketika itulah, khalifah menyerahkan jawatan Khalifah kepada Sultan Selim I menjadikan baginda khalifah pertama untuk Uthmaniyah.
Berdasarkan fakta ini, tak mungkin Al-Fateh dakwa dirinya sebagai khalifah Islam sebab baginda bukanlah khalifah ketika zamannya, sebaliknya khalifah masih milik Abbasiyah iaitu Khalifah Al-Qa’im (1451-1455). Dan gelaran-gelaran yang dipakaikan pada Al-Fateh pun tak betul.
Dan Sultan Selim I juga menggunakan gelaran Amirul Mukminin yang pertama dalam sejarah Uthmaniyah. Pemerintahan baginda ialah ketika 24 April 1512 – 22 September 1520 Masihi, manakala pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh ialah pada 3 Februari 1451 – 3 Mei 1481.
Jadi, Sultan Muhammad Al-Fateh menggunakan gelaran Khalifah dan Amirul Mukminin, menandingi Sultan Selim I, adalah tidak kena sebenarnya pada tempatnya. Sebab ada gap 31 tahun antara penghujung kemangkatan Al-Fateh dan permulaan pemerintahan Selim I.
Seterusnya, gelaran yang Al-Fateh selalu pakai ialah Kayser-i Rüm merujuk kepada gelaran kaisar Rom seterusnya selepas menawan Konstantinople, dan Al-Fateh sangat banggakan-banggakan gelaran ini, jadi persoalan saya, dimanakah gelaran ini dalam surat yang disebarkan?
Uthmaniyah percaya mereka ialah Rom ketiga, mewarisi Rom yang asal dan juga Rom kedua iaitu Byzantine.
Juga, Al-Fateh juga ada darah kerabat Byzantine mengalir dalam susur galur badannya buatkan Al-Fateh percaya dia ada hak pada nama Kaisar ini.
Kesimpulan saya, penulis tersebut tidak memahami sejarah Uthmaniyyah, sehinggakan membuat dakwaan seperti ini. Sekurang-kurangnya buatlah surat tersebut menjadi lebih realistik.
Kononnya surat ni disimpan di Muzium Topkapi Istanbul. Dan “surat balas” yang ditulis oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka kepada Sultan Al-Fateh pada 1454 kononnya masih disimpan di Arkib dan Perpustakaan Diraja London.
Ni kalau tak cakap tenggelam dalam laut, mesti cakap dalam simpanan penjajah. Itu je la pusing-pusing dia.
Surat ni pun diragui oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sendiri. Kalau ada pun surat itu, mungkin kandungan surat tu tak sama seperti yang tersebar dalam media sosial sekarang ni.
Oleh: Azizul Farhan & Helmi Effendy
___
Benda-benda yang korang jumpa di platform-platform media sosial ni betul ke semuanya berkaitan sejarah Melayu?
Inilah masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU untuk betulkan persepsi korang!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply