Semalam kita dah dengar cerita pasal Muso-Leyyy-Neyy yang digelar Pelindung Islam. Ada niat lain disebalik tindakan dia tu.
Harini kita cuba kenal siapa yang berjuang melawan penjajahan Muso-Leyyy-Neyy di Libya, beliaulah Umar Mukhtar.
Umar Mukhtar dilahirkan dalam suku Minifa antara 1856 dan 1862 di Tobruk, Libya.
Minifa ni ialah suku orang Amazigh Arab yang terletak antara Libya dan Mesir.
Setelah bapa beliau meninggal dunia ketika beliau 16 tahun, beliau diambil sebagai anak angkat oleh Sharif Al-Ghariani.
Umar kemudiannya dapat pendidikan di madrasah. Beliau lanjutkan pendidikan agamanya di Universiti Jaghbub.
Setelah belajar selama lapan tahun, Umar tamat pengajian dan sertai gerakan Senussi di bawah pimpinan Shaikh Muhammad Al-Madhi Al-Senussi.
Kemudian Umar kembali ke Tobruk, tetapi pada tahun 1897 telah dipanggil oleh Al-Mahdi untuk jadi sheikh di Zawiyat Al-Qusour.
Kemudian beliau pergi ke Sudan dan dilantik sebagai timbalan kepada pemimpin Senussi. Ketika inilah beliau dapat nama samarannya yang terkenal, “Singa Gurun”.
Pada tahun 1899, beliau dihantar ke Chad untuk sertai pasukan Senussi menentang penjajah Perancis.
Apabila orang Itali serang Libya pada tahun 1911, gerakan penentangan di Chad terpaksa hadap ancaman baru dari Itali pula.
Umar kemudiannya memanfaatkan pengalamannya memerangi penjajah dan sertai peperangan padang pasir serta jadi pemimpin mujahidin dalam perjuangan untuk membebaskan negara diorang.
Apabila Fasis berkuasa di Itali di bawah diktator Benito Mussolini pada tahun 1922, orang Itali laksanakan apa yang mereka sebut sebagai “Reconquista” koloni Rom purba di Afrika Utara.
Di bawah slogan perhimpunan “Kami akan menang atau syahid!” Umar lancarkan kempen gerila menentang tentera Itali yang sering terdedah dengan serangan hendap dan serbuan di kawasan padang pasir yang diorang tak berapa familiar.
Tentera Itali tak dapat kalahkan tentera Umar secara taktikal. Jadi diorang sasarkan pangkalan sokongan dan laluan bekalannya.
Diorang gunakan kawat berduri yang diikat di sepanjang sempadan Mesir, racun telaga dan tubuhkan kem tahanan di mana puluhan ribu orang terkorban.
Semua ni sebenarnya lagi menambah semangat para mujahidin di bawah Mukhtar.
Walau bagaimanapun, Itali akhirnya menangkap Umar Mukhtar dalam serangan hendap pada 11 September 1931.
Beliau dibicarakan tiga hari kemudian dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di usia 73 tahun.
Pada 16 September 1931, Umar Al-Mukhtar digantung di hadapan penyokongnya di kem tahanan Suluq, selatan Benghazi.
Secara simbolik, pelaksanaan ini menamatkan penentangan Senussi dan Libya Itali yang “bersatu”.
Umar Al-Mukhtar memberi impak yang berkekalan kepada rakyat Libya sejak hari yang menentukan itu.
Bekas pemimpin Libya, Muammar Al-Gaddafi pun pernah guna gelaran “Singa Gurun” untuk kenang jasa Umar Mukhtar.
Imej Umar Mukhtar masih digunakan pada wang kertas 10 dinar Libya.
Pada tahun 1981, kisah Umar Mukhtar pernah difilemkan dalam filem biografi Lion of the Desert tahun 1980 yang diarahkan oleh pengarah Syria-Amerika Moustapha Akkad.
Itali punya terkesan dengan Umar Mukhtar ni sehinggakan filem tu diharamkan selama beberapa dekad di Itali dan hanya disiarkan buat kali pertama di sana pada 2009.
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana tercetusnya Perang Dunia Kedua? Ada kesinambungan ke daripada Perang Dunia Pertama? Jawapan pendek, ada. Jawapan panjang ada di dalam buku PERANG DUNIA KEDUA. Dapatkan segera! https://bit.ly/perangduniakedua

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply