Isteri-isteri kalau tidur suka nak tidur dipeluk suami. Tak kisah la bau ketiak macam mana pun, itu jugak yang dia suka hadap hari-hari.
Kenapa eh?
Sudah tentu, bukan semua isteri berperangai sebegini, tapi fakta cium bau ketiak itu adalah benar.
Berdasarkan sebuah penemuan, penyelidik dari Universiti California jalankan eksperimen pasal ni.
Bahan aktif yang jadi fokus eksperimen ni ialah androstadienone (AND), sejenis derivatif hormone lelaki (testosterone).
Bau bauan jantan ni berpunca daripada bahan kimia nilah. Bekas yang diisi dengan AND diberi dan dihidu oleh 48 pelajar wanita di universiti tu.
Hasil kajian ni, diorang dapati pelajar-pelajar alami kenaikan takat hormon kortisol. Hormon steroid kortisol ni buatkan diorang naik syahwat, ‘mood’ jadi baik dan peredaran darah jadi laju.
Penyelidik ni pun bagi pelajar ni yis untuk dibau, takut-takut kenaikan kortisol kerana AND ni disebabkan kesan placebo.
Hasilnya, takde apa yang berlaku. Jadinya, AND ni memang cetuskan rembesan kortisol wanita.
Dalam sebuah kajian lain, penyelidik bernama Frances Chen jalankan ujikaji tentang perkaitan perubahan ‘mood’ wanita terhadap bau pasangannya.
Pasangan lelaki akan pakai baju selama 24 jam tanpa sebarang wangian untuk mempunyai baju kotor berbau lelaki.
Kemudiannya, baju baju tu akan dihidui oleh subjek-subjek wanita. Kemudiannya, subjek-subjek wanita ni lalui ‘mock interview’ dan juga ujian matematik mental.
Diorang dapati wanita yang hidu baju pasangan mereka ada kadar tekanan yang rendah. Berbanding dengan wanita yang hidu bau baju lelaki yang tak dikenali, diorang mampu berdepan ujian ru dengan lebih bagus.
Diorang juga diberikan bau neutral untuk mengesan kesan placebo dan keputusannya tetap sama macam dapatan penyelidik Universiti California.
Walaupun para penyelidik masih kurang jelas interaksi bau dan feromon untuk manusia, namun kita boleh simpulkan bau peluh lelaki, terutamanya bau peluh pasangan mampu memperbaikkan “angin” wanita.
Jadi, ya. Perempuan suka bau ketiak lelaki sebab pekat dengan AND dan mampu buat ‘mood’ diorang naik.
Tapi kalau bini anda meragam jangan la pergi tonyoh mukanya dengan ketiak anda. Silap haribulan ada yang kena tidur luar malam tu.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://bit.ly/Biologiashopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply