Di seluruh dunia, semua bangsa mempunyai ritual menghalau makhluk halus terutama dari segi perubatan. Mungkin bagi sesetengah orang, ritual sebegini dianggap kolot dan bersifat khurafat. Tetapi penulis teringat kata-kata Naim Tamdjis dalam satu forum tidak lama dahulu, ritual sebegini sebenarnya cerminan budaya sesebuah bangsa yang semakin pupus.

Mungkin atas sebab itulah, kumpulan Mazaher yang menggerakkan upacara zar di Mesir sedaya-upaya meneruskan tradisi menghalau makhluk halus atau zar. Mereka merupakan kumpulan terakhir yang mengadakan ritual ini di khalayak ramai.

Ummu Sameh menyanyikan lagu semasa ritual zar berjalan. Sumber: AFP

Secara ringkas, zar ialah upacara penyembuhan pesakit yang berdepan gangguan jin. Menurut penyanyi utama kumpulan Mazaher Ummu Sameh, nyanyian yang dimainkan semasa upacara bukanlah bersifat kolot dan khurafat seperti didakwa. Sebaliknya, terdapat juga doa-doa ahli sufi yang dibacakan semasa ritual diadakan. Selain itu, nyanyian semasa zar yang diiringi dram dan tarian bersifat spiritual dan mengeluarkan tenaga negatif daripada pesakit.

Secara tradisi, ritual zar memakan masa beberapa hari dan membabitkan pengorbanan haiwan. Tetapi elemen tersebut tiada semasa persembahan zar yang diadakan di Pusat Kebudayaan Makan, Kaherah, Mesir. Persembahan kumpulan Mazaher termasuk nyanyian merdu Ummu Sameh memikat hati para penonton tempatan dan luar negara.

Menariknya, kebanyakan lagu yang didendangkan wanita berusia 70-an itu masih segar dalam memorinya. Kebanyakan lagu dipelajari daripada ibu dan neneknya yang pernah menganggotai kumpulan nyanyian zar seawal usia 11 tahun. Kini, enam dekad selepas itu, nyanyiannya ibarat jendela buat warga tempatan dan asing melihat kehidupan pada masa silam.

Kumpulan Mazaher mengadakan persembahan zar di Pusat Kebudayaan Makan, Kaherah. Sumber: AFP

Menurut pengasas kumpulan Mazaher, Ahmed al-Maghraby, dengan mengadakan zar di pusat kebudayaan berkenaan, ia secara tidak langsung memelihara budaya tempatan termasuk warisan muzik Mesir. Seperti Ummu Sameh, al-Maghraby juga sudah lali mendengar label kolot dan khurafat setiap kali berbicara tentang zar. Malah, semasa pelancong melihat zar buat kali pertama, dua perkataan disebut: jin dan darah.

Jika ditanya punca mengapa ramai orang menolak zar, al-Maghraby dan seorang ahli Mazaher bernama Abou Samra tahu siapa patut dipersalahkan: filem Al Taweeza (Sumpahan) yang ditayangkan pada 1987. Filem yang menampilkan Youssra dan Tahia Carioca itu memaparkan imej kedua-dua pelakon itu dalam postur yang pelik, dipenuhi darah dan mengeluarkan bunyi yang menakutkan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Bagi Abou Samra, walaupun dia tahu Al Taweeza merupakan sebuah filem cereka, ia sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada tradisi zar. Hakikatnya, zar sama seperti tradisi kesenian dan kebudayaan yang diamalkan bangsa-bangsa lain di dunia. Stereotaip sebegini perlu dihapuskan sekiranya tradisi zar mahu dipelihara untuk generasi seterusnya.

Kini, kumpulan ini mula menambah anggota baru dengan sesetengah ahli berusia seawal 20-an. Salah seorang daripada mereka ialah Azza Mazaher. Dia membesar melihat ibunya Ummu Hassan bermain genderang untuk kumpulan sebegini. Selepas menyertai kumpulan Mazaher, Azza bukan saja bermain dram tetapi turut menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Walaupun dipandang sepi di tanah air mereka, persembahan zar mendapat sambutan hangat di luar hangat terutama di Eropah. Di Pusat Kebudayaan Makan, lebih ramai generasi muda menonton ritual tradisi ini. Bagi mereka, ini merupakan warisan sejarah yang patut diketahui dan bukan diperlekeh seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

RUJUKAN

AFP. (2022, 10 Mei). Ancient tradition of exorcism, healing, music: Egypt’s ‘zar’ ritual. Daily Sabah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply