Ingat lagi tak tulisan hieroglif milik tamadun Mesir Kuno ini, yang pernah menjadi berita sensasi disebabkan rupa tulisan tersebut seperti helikopter, kenderaan yang tidak pernah wujud pada fasa tamadun tersebut?

Tulisan tersebut digelar sebagai ‘Ukiran Abydos’ atau Abydis Carvings. Terdapat juga tulisan berupa kapal selam, kapal berupa belon, dan kapal berbentuk UFO yang menjadi isu hangat sehingga ramai peminat sejarah percaya bahawa tamadun Mesir Kuno telah mencipta kenderaan yang amat canggih dan tidak selari dengan teknologi ketika itu. Manakala bagi pentaksub teori Angkasawan Kuno, tulisan ini adalah bukti kukuh tentang kehadiran makhluk asing bertemu dengan orang Mesir Kuno.

Asal-Usul Abydos Carvings

Kuih Seti I di Abydos. Kuil tersebut menyimpan tulisan Abydos Carvings yang popular. (Sumber: Ancient Origins)

Apakah asal-usul Abydos Carvings ini? Tulisan hieroglif ini ditemui di siling kuil milik firaun Seti I yang lokasinya berada di kota kuno bernama Abydos. Kota Abydis yang terletak di bahagian barat persisiran Sungai Nil ini ialah kawasan penempatan arkeologi yang terpenting.

Sebelum pembinaan kota Abydos. Lokasi tersebut ialah kawasan perkuburan besar atau necropolis untuk kerabat diraja pada abad pertama dan ke-2 Masihi. Kemudian necropolis tersebut menjadi lokasi penyembahan utama bagi penyembah dewa Osiris.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kemudian, para firaun membangunkan Abydos menjadi kota yang penuh dengan kuil-kuil dewa Osiris. Masuk pemerintahan firaun Seti I iaitu firaun pada fasa dinasti yang ke-19 (1290-1279 SM), Abydos dicantikkan dan dinaiktaraf menjadi kota terpenting.

Yang uniknya tentang kota Abydos ini ialah terdapat kuil milik Seti I di mana baginda bersama puteranya bernama Ramses II mencatatkan ‘Senarai Raja Abydos’ iaitu salasilah keluarga Seti I seramai 76 nenek moyang, termasuklah raja Menes iaitu raja pertama Abydos. Di bahagian belakang kuil Seti I, terdapat struktur megalitik atau batuan besar bernama Osireion. Fungsi sebenar struktur yang ditemui pada tahun 1900 masih misteri.

Mengkaji Abydos Carvings

Abydos Carvings atau dikenali dengan nama ‘Helicopter Hieroglyph’. (Sumber: Ancient Origins)

Berbalik kepada Abydos Carvings, sebenarnya ukiran yang menyerupai kenderaan pada abad ke-20 Masihi ini ialah kesalahan menafsir membaca tulisa hieroglif sehingga mewujudkan kajian pseudo-saintifik, padahal terang-terang kenderaan ini tidak wujud dalam fasa tamadun Mesir Kuno mengikut rekod-rekod terpenting.

Mengikut pandangan pentaksub teori Angkasawan Kuno, tulisan hieroglif ini adalah bukti di mana makhluk asing pernah bertemu dengan masyarakat Mesir Kuno, malah memberikan ilmu pembinaan kepada mereka sehingga mampu membina monumen begitu besar seperti piramid. Bagi ahli kaji sejarah Mesir atau Egyptology, teori yang dikemukakan para pentaksub ini harus mempunyai kewajarannya dari sekadar membuat kisah dongeng hanya melalui pemerhatian saja. Kajian lebih lanjut harus dititikberatkan bagi merungkai misteri Abydos Carvings ini.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Apabila pengkaji menyelidik kesemua tulisan hieroglif yang hadir, terdapat kesan ukiran dahulu yang bertindih dengan ukiran terkini. Daeri kesan ini, pengkaji mengandaikan bahawa pengukir telah membaharui tulisan hieroglif di dinding dan siling yang sama setiap tahun. Proses pembaharuan ukiran hieroglif ini dinamakan sebagai ‘palimpsest’. Proses ini biasanya dilakukan ketika perlantikan firaun baru. Selepas perlantikan, pengukir akan memulakan kerja pembaharuan ke atas tulisan lama yang mengisahkan tentang fiaun terdahulu.

Jika memakai teori ‘palimpsest’ ini, Abydos Carvings ialah contoh yang sesuai. Tulisan itu sebenarnya gabungan nama firaun Seti I dan Ramses II, di mana ukiran asal iaitu nama Seti I diukir semula dengan gantikan kepada nama Ramses II. Di tambah dengan proses hakisan tanah ke atas ukiran tersebut, tidak mustahil kita melihat rupa yang begitu aneh yang tidak pernah wujud di fasa Mesir Kuno.

Warna biru menunjukkan nama Seti I dan warna hijau menunjukkan nama Ramses II. Ahli kaji tulisan hieroglif juga mengesahkan bahawa tulisan ini bertindih. (Sumber: Ancient Origins)

Maka, misteri Abydos Carvings telah selesai. Namun adakah para pentaksub teori Angkasawan Kuno dan pseudo-santifik menerima teori ‘palimpsest’? Malangnya mereka masih percaya kehadiran makhluk asing berhubung dengan manusia dan percaya apa yang orang Mesir Kuno ciptakan ialah pinjaman ilmu dari makhluk asing yang masyarakat anggap sebagai dewa.

Selagi para pentaksud ini tidak mengemukakan sebarang artifak yang membenarkan teori makhluk asing mereka, selagi itulah mereka hanya bercerita dongeng tanpa melakukan kajian lanjut.

RUJUKAN:

Bogaard, Celicia. 7 May 2022. Helicopter Hieroglyphs? Debunking the “Mystery” of the Abydos Carvings. Ancient Origins


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply