Dulu, tamadun Cina mempunyai teknologi mereka yang agak canggih pada waktu itu walaupun jauh dari peradaban lain seperti tamadun-tamadun Timur Tengah dan Barat. Antara salah satu ciptaan kebanggaan mereka ialah pengesan gempa bumi!
Pada 2,000 tahun lalu, saintis dari Dinasti Han yang terkenal iaitu Zhang Heng menghasilkan sebuah pasu yang unik bagi menghalang bencana gempa bumi terjadi yang mengorbankan 800,000 orang mangsa.
Dalam pasu tersebut terdiri dari bandul yang hanya digerakkan oleh gegaran bumi. Jika bandul itu bergerak, gerakannya memicu sebuah sistem dalam pasu, kemudian melepaskan bola kecil dari mulut naga yang diukir di dinding pasu.
Picture number: GEO/C100001
Description: Chang Heng seismoscope, 132 AD. Model
Credit: The Science Museum/Science & Society Picture Library
All images reproduced must have the correct credit line. Clients who do not print a credit,
or who print an incorrect credit, are charged a 100% surcharge on top of the relevant
reproduction fee. Storage of this image in digital archives is not permitted. For further
information contact the Science & Society Picture Library on (+44) 207 942 4400.
Muncung naga yang ke hadapan menunjukkan arah pusat gegaran. Bola yang dilepaskan dari mulut naga akan masuk ke mulut katak yang berada di bawah pasu. Sistem pasu yang rumit ini memberikan amaran bahawa gempa bumi bakal melanda. Pasu ini telah digunakan beratus-ratus tahun kerana kerajaan China sentiasa berhadapan dengan fenomena semula jadi ini.
Selepas Zhang Heng memahami ilmu seismologi (kaji gempa bumi) ini, pengkaji Barat menyusul dengan menghasilkan graf gempa (seismograph) yang direka oleh pengkaji Parsi pada abad ke-13 Masihi dan kemudian mereka mencipta mesin seismologi pada abad ke-18 Masihi.
Ini menunjukkan China lebih ke hadapan dalam mengesan gempa bumi selama 2,000 tahun berbanding dunia Barat. Sekarang, hanya replika alat pengesan itu saja yang ada dan dipamerkan di Muzium Sejarah Cina, Beijing.




No comments yet