Gunung Senyum, Temerloh ialah sebuah lokasi yang menyimpan banyak sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik dan keindahan alam semula jadi negeri Pahang.

 

Ada satu mitos yang menarik dan famous dengan gua dalam Gunung Senyum ni. Diceritakan ada sorang lelaki ni bernama Tok Long nak kahwin dengan puteri bunian. Mulanya raja bunian tak setuju, tapi lepas dipujuk si raja pun mengalah. Sayang anak la katakan.

 

Puteri bunian dikenakan 3 syarat sebelum kahwin daripada raja bunian. Pertama, dia kena bersiram di Gua Kolam Tujuh yang mempunyai tujuh buah kolam. Tapi sekarang kolam tu dah kering.

 

Kedua, dia kena keringkan diri dengan angin dalam Gua Angin dan ketiga, puteri kena mandi cahaya bulan dalam Gua Terang Bulan. Setel je syarat tu baru bapak dia bagi kahwin.

 

Bapak mana yang tak happy bila anak kahwin? Raja bunian siap bagi 2 buah taman kepada Tok Long iaitu Taman Laut dan Taman Darat yang masih wujud sampai sekarang.

 

Lepas kahwin dengan puteri bunian, Tok Long ni dapat power untuk rawat penyakit. Lepas dah lama duduk dalam alam bunian, dia rindu nak balik kampung dan dia mintak izin dekat bini dia.

 

Bini dia bagi 2 syarat. Pertama, Tok Long tak boleh balik kampung lebih dari sebulan dan kena balik alam bunian. Kedua, Tok Long kena janji takkan bagitau pasal kewujudan bunian di Gunung Senyum. Tok Long terima dan berjanji.

 

Balik je kampung, orang kampung jadi hairan bila Tok Long ni jadi kaya dan boleh rawat macam² penyakit orang kampung. Apa lagi, orang kampung pun desak la Tok Long bagitau benda sebenarnya. Last², Tok Long cerita pasal dia duduk dengan orang bunian.

 

Tok Long balik semula ke Gunung Senyum lepas sebulan, Tok Long langsung tak nampak perkampungan bunian yang sepatutnya ada kat situ. Dengan bini² dia sekali lenyap.

 

Tok Long cari punya cari sampailah ke Danau Impian. Dia ternampak kelibat bini dia, tapi semakin ku kejar semakin kau jauh pula. Last² hilang.

 

Tok Long yang sedang frustrated tu pun gali sebuah lubang dan abadikan diri dia kepada tuhan sambil tunggu bini dia datang balik sampailah dia meninggal dunia. Tok Long pun dikebumikan di Gua Makam Tok Long.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Budaya kita, identiti kita. Nak baca lagi kisah-kisah legenda Melayu yang lain? Boleh dapatkan KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee: https://bit.ly/KKTMShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply