Sejak dahulu lagi bermacam cara dah digunakan oleh Burger King untuk lawan Mekdi tapi semua hampeh. Lepas fikir punya fikir, Burger King dapat idea untuk menakluk Mekdi. Caranya adalah tukar restoran Mekdi kepada restoran Burger King.
Maknanya Burger King akan beli kesemua rangkaian restoran Mekdi ke? Macam pelik je?
Burger King tahu deme memang tak mampu nak tarik pelanggan Mekdi datang ke kedai deme. Apa yang deme buat adalah dengan menukar setiap restoran Mekdi menjadi Burger King. Caranya adalah dengan memperkenalkan burger baru iaitu whopper detour.
Menariknya burger ni adalah Burger King bagi percuma je. Tapi syaratnya korang kena berdiri lebih kurang 200 meter daripada Mekdi untuk redeem burger tu guna aplikasi Burger King. Lepas tu boleh pergi ke Burger King berdekatan untuk dapatkan whopper detour.
Cara ini berjaya apabila sebanyak 50,000 orang telah redeem burger tu. Buat seketika, Burger King dapat mengatasi Mekdi dan tarik lebih ramai pelanggan pergi ke kedai deme.
Walau bagaimanapun situasi itu tidak kekal lama sebab ada beberapa masalah yang Burger King gagal selesaikan. Paling teruk sekali adalah masalah lokasi. Macam biasa nak redeem burger percuma kena ada dekat 200 meter daripada Mekdi. Masalahnya sekarang ada beberapa Burger King terletak jauh dari Mekdi.
Nak mudah faham senang je. Katakanlah korang pergi redeem whopper detour percuma dekat Mekdi Sek.13 Shah Alam. Lepas tu nak kena menapak pulak ke Burger King, kan dah jauh tu. Buang masa, lebih baik makan je dekat Mekdi. Kalau korang redeem dekat Mekdi Seri Alam tu lain ceritalah sebab Burger King dekat sebelah je.
Maksudnya, apa yang Burger King buat ni sebenarnya lebih memberi keuntungan kepada Mekdi. Ye lah, dah alang-alang sampai tu makan je lah Mekdi. Satu lagi ada banyak masalah melanda aplikasi Burger King tu.
Ada masa boleh redeem, ada masa tak boleh. Kadang-kadang app tu suruh bayar tanpa beri sebab yang kukuh. Bila ditanya kepada Mekdi tentang usikan nakal Burger King, deme jawab; lantok aok lah, koi ada pekerjaan.
Kalau korang tak nak ulangi kesilapan Burger King, moh baca PSYCHOLOGY OF MONEY. Cepat sambar di https://bit.ly/psychologyofmoneyshopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply