Pernah tak korang tengok filem Black Hawk Down? Filem blockbuster Hollywood yang paparkan bagaimana penyelamatan tentera-tentera US ketika perang di Somalia. Namun, peranan Malaysia seperti di sisihkan di dalam filem berkenaan.
Dan kini, Malaysia turut mengfilemkan dari sudut pandang perspektif tentera kita sendiri yang ketika operasi penyelamatan tersebut. Filem tersebut bertajuk MALBATT: MISI BAKARA.
Apa sebenarnya sumbangan tentera Malaysia ketika itu?
Pegawai Pemerintah MALBATT-1, Kolonel Abdul Latiff telah memilih seramai 11 pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) untuk terlibat melakukan operasi dengan tentera Amerika dan Pakistan untuk menyelamatkan tentera-tentera yang terselamat ketika terhempas helikopter Black Hawk milik Amerika.
Konvoi operasi menyelamat ni dibahagikan kepada 3 kumpulan:
1. Team Charlie (Kompeni A) diarahkan selamatkan juruterbang helikopter kedua yang terhempas.
2. Team Alpha (Kompeni B) ditugaskan selamatkan anggota Rangers yang terkepung dan krew Black Hawk pertama yang terhempas.
3. Team Bravo yang merangkumi anggota Rangers ditugaskan membantu kedua-dua pasukan tersebut.
Mengikut perancangan asal, tentera Pakistan mendahului pergerakan diikuti Team Alpha, Charlie dan Bravo.
Tapi di separuh jalan, tentera Pakistan berpatah balik disebabkan tiada alat penglihatan malam.
Tentera Malaysia walaupun tidak mempunyai alat penglihatan malam, tetap meneruskan operasi tersebut. Ketiga-tiga konvoi ini berpecah selepas sampai di check point Strong Point 207.
Anggota konvoi Alpha diserang anggota kumpulan Aidid menyebabkan dua buah kereta perisai rosak teruk dan mencederakan 5 orang anggota termasuk seorang cedera parah yang kemudiannya dirawat oleh seorang anggota Rangers.
Pada masa itu, kereta kebal milik tentera Pakistan dah tinggalkan kawasan pertempuran.
Tentera Malaysia tetap teruskan pergerakan ke lokasi anggota Rangers yang terperangkap. Sebaik sahaja sampai, anggota Rangers yang cedera dimasukkan ke dalam kereta perisai manakala yang telah meninggal diletak atas kereta perisai.
Kumpulan Alpha bergerak menuju ke lokasi helikopter terhempas untuk mengambil mayat krew helikopter yang telah meninggal.
Konvoi Charlie bergerak menuju ke lokasi helikopter menerima serangan berterusan sehingga 3 anggota tentera cedera selepas keluar dari kereta perisai.
Puak pemberontak menembak roket RPG ke arah kereta perisai sehingga menembusi pintu kiri, menyebabkan seorang anggota cedera. Kemudian kereta perisai kedua turut menjadi sasaran apabila roket menembusi cermin hadapan dan membunuh pemandu, Prebet Mat Aznan dan mencederakan seorang lagi anggota.
Komander MALBATT-1 mengarahkan supaya berundur tetapi ditolak memandangkan tentera AS masih terperangkap di lokasi helikopter terhempas.
Akhirnya selepas menerima serangan yang berterusan, mereka buat perancangan berundur selepas mendapat maklumat ada sebuah kereta perisai milik negara pengaman lain 1000 meter dari tempat mereka berlindung.
Anggota dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu anggota Rangers berada di hadapan, anggota Rangers yang cedera dan MALBATT-1 berada di tengah dan di belakang anggota Rangers lain.
Semasa proses pengunduran tu, mereka sekali lagi diserang dan terpaksa bertahan selama sejam sebelum kumpulan platun 3, Kompeni A datang membantu.
Konvoi tu berjaya sampai ke Stadium Mogadishu iaitu kem tentera Pakistan menjelang subuh.
Hanya seorang tentera saja yang terkorban di pihak tentera Malaysia iaitu Pbt. Mat Aznan B. Awang dan mencederakan 9 yang lain. Seramai 18 orang tentera elit US terkorban dan 84 orang cedera.
Oleh: Azizul Farhan
___
PERTEMPURAN DI HUTAN ialah sebuah catatan wira negara kita, Dato’ Mohd Rani Abdul Rashid dalam usaha beliau menentang pengganas komunis. Korang baca untuk rasa perjuangan mereka memandangkan sekarang bulan kebangsaan. Dapatkan segera!
https://bit.ly/pdhshopee




No comments yet