Setiap benda hidup dekat dunia ni, pasti akan dicipta secara berpasangan. Tapi berbeza pulak dengan spesis cicak whiptail dekat Mexico. Sebab cuma ada betina sahaja dalam spesis deme.
Persoalannya macam mana cicak whiptail betina boleh hidup tanpa jantan yang setia di sisi untuk melahirkan keturunan?
Cicak whiptail betina ni tergolong dalam haiwan yang mengamalkan parthenogenik. Bermaksud cicak whiptail betina tidak memerlukan sperma jantan untuk menghasilkan telur.
Selain daripada cicak whiptail betina, terdapat lebih kurang 80 spesis haiwan lain yang mengamalkan parthenogenik. Cuma cicak whiptail betina ni unik sikit. Sebab deme menjadi satu-satunya haiwan yang tidak perlu mengawan untuk dapat telur.
Telur cicak whiptail akan terhasil daripada kromosom induk yang sama sahaja. Walau bagaimanapun, benda tu tidak menghalang cicak whiptail betina untuk memiliki nafsu. Sebab deme didorong oleh hormon progesteron yang tinggi.
Tapi masalahnya dalam spesis deme tak ada jantan. Jadi jangan terkejutlah kalau nampak cicak whiptail betina menunggang cicak betina yang lain.
Apa-apapun, cicak whiptail betina telah membuktikan tanpa jantan pun deme boleh hidup. Macam mana dengan korang?
—
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA. Boleh beli dekat https://bit.ly/Biologiashopee




No comments yet