Sejak berjaya buat kereta api laju pada 1964, orang Jepun tak pernah berhenti. Baru-baru ni deme berhasrat nak buat kereta api maglev. Padahal deme dah ada honda ketam. Boleh je tekan sampai 250km/j. Setakat dari Sapporo nak ke Fukuoka tu, sejam je dah sampai.
Macam mana orang Jepun boleh terfikir nak buat kereta api maglev?
Seperti yang kita sedia maklum, Jepun memiliki rangkaian kereta api laju ataupun shinkansen terpantas di dunia. Masalahnya, masa yang diambil untuk ke Osaka daripada Tokyo masih lagi agak lama walaupun shinkansen bergerak dalam berkelajuan 285 km/j.
Jadi deme cuba hasilkan kereta api maglev yang mampu memendekkan perjalanan dari Tokyo ke Osaka menjadi 67 minit sahaja. Katanya kereta api maglev ni mampu bergerak selaju 505 km/j.
Bermakna kalau kereta api maglev wujud di Malaysia, ore-ore pase gudey hanya perlukan 1 jam 20 minit untuk pulang ke Kota Bharu. Tapi itulah, kita tolak sebab tiket mahal.
Bagaimana pulak kereta api maglev ni berfungsi?
Kereta api maglev ni beza sikit berbanding shinkansen. Sebab kereta api maglev boleh buat kita ni macam naik kereta terbang.
Caranya adalah apabila kereta api maglev mencapai kelajuan 150 km/j, secara automatik dia akan terangkat sebanyak 4 inci daripada landasan. Jangan risau sebab kereta api maglev tak kan tergelincir. Sebab terdapat magnet di bahagian bawah kereta api dan magnet di landasan.
Setelah kereta api maglev terangkat sedikit, dia akan bergerak semakin laju sebab sudah tiada geseran antara tayar dan landasan. Inilah yang dijadikan asas untuk buat kereta api laju 400 km/j ke atas.
Sekarang ni bayangkan jika kereta api maglev wujud dekat Malaysia? Tak perlulah kita mencarut-carut dekat Gombak dan Bentong bila tiba musim perayaan.
Nak tahu lebih banyak tentang kehebatan orang Jepun? Baca je KITAB TAMADUN JEPUN. Boleh beli dekat https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee
Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply