Uthmaniyyah menyiat kulit Marcantonio Bragadin pada tahun 1571, selepas beliau menentang selama berbulan-bulan dengan 6,000 tenteranya kepada 200,000 tentera Uthmaniyyah.

 

Bragadin merupakan komander kubu pertahanan di Famagusta, Cyprus semasa ia dikepung angkatan Uthmaniyyah pada tahun 1570.

 

Beliau dikenakan hukuman sedemikian rupa disebabkan beliau melanggar perjanjian, kemudian dihukum bunuh oleh komander Uthmaniyyah. Beliau membunuh tahanan Islam di bandar sebelum gencatan senjata.

 

Sebelum peristiwa itu, Bragadin juga bertindak membunuh jemaah-jemaah haji yang telah ditawan sebelum ini, memusnahkan bekalan makanan, bekalan peluru dan kapas-kapas berharga diarahkan untuk dibakar bagi mengelakkan ia daripada menjadi kegunaan Uthmaniyah.

 

Walaupun dikepung oleh angkatan tentera yang ramai, mereka berjaya bertahan sebelum pertahanan ditembusi tentera Uthmaniyyah pada Julai 1571.

 

Bragadin dianggap wira bagi warga Eropah kerana berjaya memaksa kerajaan Uthmaniyyah memfokuskan serangan ke atas Famagusta sehingga tidak boleh memfokuskan serangan mereka di tempat lain.

 

Setelah kehabisan makanan dan senjata, Bragadin menyerah diri. Seperti yang dipersetujui, komander Uthmaniyyah biarkan semua tentera yang terselamat pergi kecuali Bragadin.

 

Beliau menyumbang secara tidak langsung kemenangan pakatan raja-raja Eropah ke atas tentera laut Uthmaniyyah di Lepanto pada tahun 1571.

 

Ketua komander Uthmaniyyah sebaliknya mencacatkan, menyeksa, kemudian meminta Bragadin untuk masuk Islam.

 

Bragadin menolak, oleh itu beliau disiat hidup-hidup, bermula dari kepalanya. Tak lama kemudian, Bragadin terus mati. Kulitnya dipenuhi dengan jerami, berpakaian dengan seragamnya dan diarak oleh Uthmaniyyah di sepanjang jalan-jalan Famagosta.

 

Selepas itu, kulitnya dan kepala komander Venetian yang lain dibawa ke Istanbul.

 

Pihak Uthmaniyyah menuduh Bragadin membunuh tawanan-tawanan Turki sementara sumber Venice pula menuduh sikap komander Uthmaniyyah itu yang terburu-buru menghukum beliau walaupun selepas menyerahkan Famagusta.

 

Pada tahun 1580, seorang kelasi Itali, Girolamo Polidori, berjaya mencuri kulit Bragadin dan membawanya ke Venice, di mana ia disimpan dalam tempayan di dalam sebuah gereja. Kulit telah dianalisis secara saintifik pada tahun 1961.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Sultan Muhammad Al-Fateh membenarkan pembunuhan adik beradiknya untuk kekal di atas takhta? Nak tahu kenapa? Dapatkan UTHMANIYAH DI HUJUNG JARI. Cepat borong di Shopee kami: https://bit.ly/uthmaniyahdihujungjarishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply