Kaum Cina dan batu jed mempunyai hubungan yang begitu akrab kerana ia mempunyai sejarah yang panjang. Mereka mula melombong batu jed sejak 5000 SM lagi, bermula dari penciptaan artifak sehingga kegunaan dalam bidang keagamaan dan perubatan.

 

Kegunaan batu jed menjadi kepentingan bermula dari fasa dinasti Shang (1600 SM) dan Zhou Timur (771 SM), di mana batu jed dianggap sebagai alat kosmik menghubungkan dengan alam roh.

 

‘Kekuasaan’ batu jed ini agak relevan dengan kehidupan warga Cina yang mulanya hidup sebagai petani. Gunung-ganang dipercayai adalah Bumi yang menyentuh langit atau syurga. Penemuan batu jed dari gunung dengan rupa yang berkilau seperti berlian dan mempunyai pelbagai warna yang menarik, membuatkan orang Cina percaya batu ini berasal dari syurga.

 

 

Kerana kepercayaan ini, orang Cina mengganggap batu jed amat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan emas. Walaupun satu persatu dinasti memerintah China, mereka masih mengutamakan kegunaan batu jed.

 

Selepas dinasti Shang, raja-raja seterusnya mengubah simbolik batu jed iaitu simbolik kekuasaan pemerintah. Jadi, hanya raja dan kerabatnya saja layak memakai barang kemas batu jed.

 

Sekarang, penjualan baru jed menjadi salah satu ekonomi penting bagi China. Semakin cantik batu jed tersebut, semakin mahal harganya. Jadi, korang nak beli batu jed ni?

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply