Bila bercerita tentang haiwan purba selain dinosaur, mesti kita bayangkan sloth gergasi, gajah mammoth, dan harimau smilodon (bertaring panjang)! Tapi, ada satu kumpulan haiwan purba yang terkenal juga, malah dianggap sebagai ‘moyang’ belangkas!
Haiwan purba yang saya maksudkan ialah trilobite. Trilobite ialah kumpulan haiwan akuatik purba yang pernah mendominasi lautan pada fasa Cambrian, iaitu sekitar 521 juta tahun dulu. Nak bandingkan dengan era dinosaur bermaharajalela, trilobite hidup jauh lebih awal dari dinosaur!
Sebelum trilobite bermaharajalela, ada kumpulan genus bernama Spriggina, lebih kurang seperti moyang trilobite yang telah hidup pada era Ediacaran, iaitu sekitar 635 juta tahun dulu dan fosil moyang ini hanya ditemui di selatan Australia.
Rupa trilobite lebih kurang macam belangkas tapi mempunyai tiga segmen badan: bahagian kepala, thorax (dada), dan pygidium (ekor). Badannya bercangkerang atau exoskeleton dan membesar dengan bersalin kulit cangkerang seperti ketam.
Trilobite mempunyai pasangan kaki yang banyak di bahagian thorax dan juga mempunyai sesungut di kepala yang berkemungkinan berperanan sebagai pengesan makanan atau mangsa. Ia juga mempunyai pasangan mata majmuk, seperti mata lalat.
Cara hidup trilobite biasanya sebagai pemangsa. Ada spesis trilobite hidup sebagai pemakan bangkai dan pemakan plankton. Trilobite juga mampu membesar dengan cepat, seperti spesis trilobite bernama ‘Paradoxides harlani’ yang fosilnya ditemui berdekatan kota Boston, negeri Massachusetts yang terletak di Amerika Syarikat.
Saiz trilobite ‘P. harlani’ ini bersaiz 45 sentimeter panjang. Berkemungkinan berat spesis trilobite ini mencecah 4.5 kilogram (kg), mengalahkan spesis-spesis trilobite yang lebih kecil!
Trilobite ialah antara kumpulan haiwan kuno yang paling bertahan hidup selama 270 juta tahun sehingga akhirnya pupus pada era akhir Permian, sekitar 251 juta tahun dulu akibat peristiwa kepupusan serangga besar-besaran (mass extinction).
Sekarang, haiwan akuatik yang dekat dengan trilobite dan cara hidupnya ialah belangkas. Tapi, betul ke trilobite ialah moyang belangkas?
Sebenarnya, belangkas ialah antara haiwan ‘fosil hidup’. Ya, haiwan akuatik ini juga haiwan akuatik purba seperti trilobite! Malah, belangkas pernah hidup bersama trilobite sejauh 445 juta tahun dulu berdasarkan penemuan fosil kedua-dua haiwan ini di Manitoba, Kanada pada tahun 2008!
Boleh dikatakan, belangkas berkeluarga dengan trilobite kerana dua haiwan ini dari kumpulan subphylum bernama Chelicerata. Jadi, tidak ada keturunan trilobite yang hidup pada era sekarang. Tapi kita seharusnya bersyukur kerana belangkas masih bertahan hidup, mewakili saudara mereka yang telah lama pupus!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih