Sekitar tahun 1990-an, dunia arkeologi dikejutkan dengan penemuan ukiran haiwan berupa dinosaur di salah satu kuil Buddha bernama Ta Prohm yang terletak di Kemboja!

 

Kuil Ta Prohm telah dibina pada fasa pemerintahan raja kerajaan Angkor bernama Jayavarman VII (1181-1218) dan menjadi sebahagian kompleks ibu kota Angkor. Kuil ini dibina khas kepada para penganut ajaran Buddha Mahayana yang tersebar mekar pada waktu itu.

 

Sekarang, kuil itu telah ditinggalkan sejak runtuhnya Empayar Khmer yang pernah menguasai hampir seluruh tanah Indochina itu. Kuil itu hanyalah dikenali sebagai kuil yang penuh dengan akar-akar pokok yang meliar walaupun ramai pelancong melawatnya.

 

Selain terkenal sebagai kuil penuh dengan akar-akar pokok, kuil Ta Prohm juga terkenal sebagai lokasi penggambaran filem aksi terkenal pada tahun 2006, iaitu Lara Croft: Tomb Raider sehingga kuil ini dipanggil sebagai ‘kuil Tomb Raider’!

 

Pada tahun 1997, penulis sejarah Angkor bernama Michael Freeman telah menunjukkan ukiran dinosaur yang seolah-olah ‘salah zaman’ terhadap salah satu dinding kuil Ta Prohm. Di sinilah ramai ahli arkeologi menyiasat ukiran tersebut.

 

 

 

Dinosaur ialah haiwan yang pernah mendominasi dunia sehingga 65 juta tahun dulu. Setelah pupus akibat hentaman meteor yang memusnahkan, manusia dan haiwan mamalia menjadi pengganti sebagai ‘penguasa’ baru.

 

Ukiran dinosaur itu seolah-olah berbentuk spesis dinosaur bernama Stegosaurus. Stegosaurus ialah dinosaur herbivor yang bersaiz gergasi dan terkenal dengan bahagian belakang yang mempunyai barisan kepingan.

 

Dari ukiran tersebut, ramai golongan terutamanya golongan ‘creationist’ percaya bahawa manusia dan dinosaur pernah berhubung melalui ‘bukti’ seperti ukiran tersebut, sekaligus kononnya dapat mematahkan hujah penyokong teori evolusi yang telah dikemukakan oleh Charles Darwin.

 

Jadi, betul ke rakyat Angkor yang berbangsa Khmer ini pernah temui dinosaur seperti Stegosaurus ini? Terdapat beberapa kemusykilan terhadap ukiran tersebut jika kita mempercayai bahawa manusia dan dinosaur pernah bertemu.

 

Pertama, rupa kepingan di atas badan dinosaur yang diukir. Kepingan itu seolah-olah ukiran kelopak bunga dan apabila kepingan itu dihilangkan, rupa dinosaur seolah-olah rupa badak sumbu atau babi hutan yang mempunyai taring dan telinga, berbeza dengan Stegosaurus kerana ia tidak mempunyai kedua-dua organ ini.

 

Dari ketelitian ukiran tersebut, teori dinosaur pernah bertemu dengan manusia telah dipatahkan! Bukti yang lebih kukuh ialah tidak ada sebarang fosil berkaitan Stegosaurus ditemui sekeliling ibu kota Angkor!

 

Jadi kalau bukan dinosaur, apakah haiwan yang terdapat dari ukiran yang penuh dengan kontroversi itu?

 

Para ahli akademik menilai bahawa ukiran haiwan itu berkemungkinan besar ialah badak sumbu, babi hutan, atau cicak chameleon. Mungkin juga ia sejenis haiwan mitos yang hanya orang Khmer saja tahu.

 

Walau bagaimanapun, belum ada jawapan lagi untuk membongkar hakikat ukiran dinosaur di dinding kuil Ta Prohm. Selagi tiada bukti bertulis, selagi itulah ukiran tersebut masih dianggap misteri!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.