Di Tebing Barat Palestin, terdapatnya sebuah tinggalan kota yang telah dibina sejak 10,000 tahun lalu, menjadikan kota itu diiktiraf sebagai kota paling tua di dunia! Kota yang saya maksudkan ialah kota Jericho!

 

Sekitar 8000 SM, Tebing Barat Palestin mempunyai mata air yang menarik penduduk, sama ada yang menetap dan hidup secara yang nomad, sehinggalah terbinanya kota bernama Jericho.

 

Kota kuno ini pernah direkodkan dalam kitab Bible, di mana terdapat kisah tentang para penduduk kota Jericho yang tidak taat kepada Tuhan, sehinggalah Tuhan mengarahkan ketua bani Israil bernama Joshua untuk hancurkan kota tersebut.

 

Kemudian, Perang Jericho berlansung dan Joshua menggunakan Tabut As-Sakinah sebagai senjata atas perintah Tuhan. Senjata di dalam Tabut tersebut dikatakan mampu hancurkan seluruh kota hanya 7 hari saja!

 

Kota Jericho mempunyai sistem pertahanan yang kuat dan mampu menyimpan bekalan makanan selama berbulan-bulan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Tapi, Joshua mengakhiri kegemilangan kota purba itu hanya 7 hari saja.

 

 

Setelah kota Jericho dimusnahkan, Joshua menyumpah bahawa Jericho tidak akan dibangunkan semula oleh sesiapa. Walau bagaimanapun, ada juga penduduk yang berusaha membina semula kota purba ini.

 

Ramai para akademik tertanya-tanya bagaimana Joshua mampu hancurkan kota yang kuat dengan sistem pertahanan utuh itu, hanya menggunakan ‘senjata’ yang tidak dikenal pasti dalam Tabut tersebut. Sampai sekarang, kandungan Tabut yang Joshua gunakan masih lagi misteri.

 

Dari kisah dalam kitab Bible, ramai ahli arkeologi tertarik dan memulakan pencariannya sehinggalah tahun 1868. Projek penggalian yang ditaja oleh Palestine Exploration Fund membuahkan hasil apabila seorang ahli arkeologi bernama Charly Warren menemui kota tertua itu di kawasan bernama Tell es-Sultan.

 

Warren percaya apa yang beliau temui ialah lokasi kota Jericho yang sebenar. Tinggalan kota tersebut terletak berhampiran air mata bernama Elisha’s Spring, sesuai dengan penerangan dalam kitab Bible.

 

Penemuan yang menjadi topik utama ialah sebuah dinding yang mempunyai kesan terbakar. Kesan tersebut telah wujud sekitar tahun 1550 SM dan 1400 SM. Tinggalan dinding ini ternyata bukti bahawa terjadinya perang antara bani Israil dengan penduduk kota Jericho!

 

Pada tahun 1950-an, satu lagi projek penggalian yang diketuai oleh Katleen Kenyon telah menemui menara batu setinggi 8.5 meter dan telah dibina pada 8000 SM. Penemuan ini juga telah membuktikan kota Jericho ialah kota sebenar, selari dengan kisah dalam kitab Bible!

 

Sekarang, kota Jericho boleh dilawati apabila anda berada di Tebing Barat, hanya melalui Ramallah. Tinggalan kota itu berada di kedudukan 21 meter tinggi dari paras laut dan peminat sejarah boleh menikmati permandangan sekeliling kota Jericho.

 

Mount of Temptation juga adalah lokasi yang harus dilawati kerana dikatakan situlah tempat Nabi Isa A.S. bersendirian dan berpuasa selepas menemui Nabi Yahya A.S.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.