Cakap pasal burung helang, mesti kita bayangkan burung pemangsa yang terbang tinggi dan mahir memburu mangsa sambil terbang! Tapi, ada spesis burung helang ini kelakuannya seperti manusia, iaitu mampu membakar hutan!

 

Terdapat tiga spesis burung helang yang hanya ditemui di Australia, iaitu Helang Layang-Layang Hitam (Milvus migrans), Helang Bersiul (Haliastur sphenurus), dan Falko Coklat (Falco berigora).

 

Kesemua spesis burung helang ini dikenali sebagai ‘firehawks’ kerana keupayaan tiga spesis burung ini menggunakan api sebagai alat untuk memburu. Bagaimana cara ia memburu mangsa dengan gunakan api?

 

Pertama sekali, burung helang ini mengambil ranting-ranting yang masih membara apinya dengan paruh atau cakar. Kemudian, ia jatuhkan ranting itu di kawasan lain yang belum terbakar. Dari tindakan itulah, kawasan yang disasarkan burung helang mula terbakar.

 

Apabila sesuatu kawasan hutan terbakar, haiwan-haiwan bersai kecil seperti serangga, reptilia seperti cicak, dan mamalia seperti tikus akan lari berkeliaran. Haiwan-haiwan inilah menjadi santapan burung firehawks!

 

 

Pada awalnya, kelakuan spesis-spesis burung firehawks ini telah diketahui oleh Orang Asli Australia, kemudian dikerahui oleh warga Australia sendiri, terutamanya para ahli sains biologi dan alam sekitar!

 

Pada tahun 2018, pengkaji bernama Mark Bonta telah melakukan kajian ke atas kelakuan burung firehawks ini dan merekodkan bahawa terdapat lebih 20 kes kebakaran oleh tiga spesis burung helang ini!

 

Mereka kemudian merakamkan kelakuan burung firehawks tersebut dan dokumentarikan. Di sinilah pasukan Mark Bonta tahu bahawa haiwan pemangsa bersayap ini sangat pintar dalam mendapatkan mangsanya, hanya gunakan api.

 

Yang menariknya, spesis burung firehawks begitu memahami konsep ‘pengiraan risiko’ apabila mencetuskan kebakaran. Ia tidak sembarangan melakukan kebakaran sehingga tidak terkawal.

 

Burung pemangsa ini hanya menyasarkan lokasi yang mempunyai populasi mangsa yang tinggi dan hanya mengambil ranting yang kecil bara apinya. Dengan cara berhati-hati, burung ini mampu memburu mangsanya tanpa risaukan kesan kebakaran.

 

Dari sudut ekosistem pula, spesis burung firehawks dikatakan berperanan sebagai ‘pengurus kebakaran’ kerana kelakuannya mampu mengawal kebakaran yang tidak terkawal di Australia dengan bakarkan kawasan lain yang jauh. Pembakaran oleh burung ini juga mampu membaharui tanah dengan bakarkan tumbuhan yang mati, sekaligus suburkan tanah!

 

Ini bukanlah kali pertama haiwan seperti burung firehawks menunjukkan kebijaksanaannya. Haiwan lain seperti burung gagak juga gunakan kebijaksanaan dapatkan makanan dengan mengorek guna ranting bagi dapatkan makanan dari dahan.

 

Maka, haiwan juga mampu berfikir (tidak sampai tahap manusia berfikir) hanya semata-mata dapatkan makanan dengan keadaan yang sukar. Inilah proses evolusi kelakuan yang haiwan perlukan, selain evolusi fizikal badan!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.