Dalam sejarah tamadun Mesir Purba, mesti ada rekod berkenaan ‘Tanah Punt’ yang mempunyai kerajaan sendiri pada tahun 2450 SM dan 1155 SM. Tanah ini menguntungkan Mesir Purba sendiri kerana mereka sentiasa peroleh bermacam-macam barang dagang dari tanah misteri itu!
Pada zaman pemerintahan Dinasti ke-12 (1991-1802 SM), sebuah karya berjudul ‘Tale of the Shipwrecked Sailor’ telah mencatatkan kisah seorang kelasi Mesir yang terdampar di Tanah Punt dan diselamatkan oleh seseorang yang mendakwa dirinya ialah tuan kepada Tanah Punt.
Kemudian, kelasi Mesir itu kembali dengan membawa banyak barang berharga seperti emas, rempah-ratus, dan gading! Pada tahun 1477 SM, Ratu Hatshepsut pernah membiayai kempen penjelajahan laut ke Tanah Punt.
Selesai penjelajahan, para pelayar kembali dengan lima buah kapal yang membawa emas, pokok balak bernilai seperti ebony dan African blackwood, pelbagai jenis haiwan eksotik seperti mawas, zirafah, dan harimau bintang, dan juga hamba seramai 210 orang!
Catatan Tanah Punt ini sangat menarik perhatian para ahli kaji Mesir Purba, arkeologi, dan sejarawan, kemudian memulakan pencarian di manakah Tanah Punt yang kaya dengan barang berharga itu.
Tekaan awal pengkaji ialah berkemungkinan Tanah Punt itu terletak di mana-mana kawasan pedalaman. Berkemungkinan juga Tanah Punt jauh dari benua Afrika kerana tamadun Mesir Purba juga terkenal dengan bidang pelayaran laut selain membina piramid.
Mula-mula, pengkaji meneliti barang berharga dari Tanah Punt yang telah diukir di dinding makam Ratu Hatshepsut dalam kompleks kuil Deir el-Bahari yang terletak di barat Sungai Nil.
Haiwan eksotik yang dibawa seperti mawas, babun, dan zirafah menunjukkan bahawa Tanah Punt berkemungkinan terletak di mana-mana wilayah dalam benua Afrika kerana haiwan-haiwan ini hanya ditemui di benua tersebut.
Pada tahun 2010, pengkaji tempatan telah menganalisis bulu babun yang dimakamkan bersama makam para firaun dan kerabat yang terletak di Valley of the Kings, kota Luxor. Untuk pengetahuan, babun ialah salah satu haiwan peliharaan untuk kerabat firaun.
Bulu babun mumia itu dikaji dan bandingkan kandungannya dengan bulu babun sekarang yang berada di negara Somalia, Eritrea, Ethiopia, Yaman, Uganda, dan Mozambique. Keputusan menunjukkan bahawa bulu babun mumia itu ialah bulu babun dari negara Ethiopia dan Eritrea.
Melalui kajian itu, adakah Tanah Punt sebenarnya ialah kawasan Eritrea dan Ethiopia? Ada antara pengkaji berpendapat bahawa lokasi kedua-dua negara itu ialah Tanah Punt sebenar dan ada juga antara mereka menolaknya kerana terlalu awal untuk membuktikannya.
Jadi, di manakah Tanah Punt sebenarnya? Sekarang, pengkaji masih tidak berputus asa mencari lokasinya. Mereka percaya bahawa Tanah Punt bukan dongeng seperti Kota Atlantis, tapi hanya menunggu masa untuk menemui jawapan sebenar!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih