Arab Saudi sekarang sibuk dengan melaksanakan projek mega bernama NEOM, iaitu projek membina bandar yang sangat futuristik. Salah satu binaan yang bakal mengubah dunia mereka ialah bandar bernama The Line!

 

The Line telah bermula sejak tahun 2021 di kawasan barat laut Arab Saudi. Ia direka sepanjang 170 kilometer, setinggi 500 meter, dan selebar 200 meter saja! Dengan rekaan seumpama pembaris, ia menjadi sebuah struktur binaan pertama yang belum dibina oleh sesiapa dalam sejarah manusia!

 

The Line direka untuk menempatkan 9 juta orang penduduk dan tanpa kenderaan atau sebarang pelepasan gas karbon dalam bandar futuristik itu. Ini memastikan bandar tersebut mempunyai ciri mesra alam selain fokus kepada futuristik semata-mata!

 

Projek mega ini bermula dengan binaan bandar sepanjang lima kilometer yang dijangka siap pada tahun 2030, kemudian dijangka siap keseluruhannya pada tahun 2045.

 

Sebenarnya Projek The Line ini sangat mencabar bagi para jurutera yang biasa membina bandar secara konvensional. Mereka kena membina sebuah bangunan tunggal dan memanjang, serta pastikan manusia yang menetap mempunyai keperluan hidup yang cukup.

 

 

Mereka haruslah tempatkan kawasan kediaman, bangunan pejabat, sekolah, hospital, dan taman dalam satu ruangan sebaris. Mereka juga pastikan para penduduk dapat mengakaes ke mana-mana destinasi hanya berjalan kaki selama lima minit saja dan 20 minit menggunakan pengangkutan awam.

 

Dinding cermin juga dibina sebagai lapisan luar The Line. Dinding cermin begitu penting untuk kurangkan kesan haba dan sejukkan ruang dalaman. Bandar futuristik juga akan menggunakan tenaga yang dijana oleh kuasa alam seperti suria dan angin, menjadikan The Line sebagai bandar yang bebas dari pencemaran udara.

 

The Line akan beroperasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI. Teknologi ini akan mempelajari corak hidup penduduk bagi memastikan pekerjaan dapat dimudahkan, keselesaan yang cukup, dan keselamatan yang terjamin.

 

Dalam kata yang mudah, The Line bakal menjadi bandar ‘hidup’ penuh dengan teknologi AI untuk memastikan penduduk dapatkan gaya hidup yang baik. Tambah lagi, The Line bakal memelihara ekosistem alam sekitar dengan membina banyak taman dan ruangan untuk tumbuhan membesar.

 

Sekarang, kerajaan Arab Saudi fokus dan optimis untuk laksanakan projek mega ini walaupun ramai berpendapat bahawa projek ini akan gagal kerana menelan kos sangat tinggi, meragui keberkesanannya, dan kemampuan siapkan bandar tersebut mengikut tempoh yang dirancang.

 

Apa-apa pun, kita lihat saja apakah The Line menjadi bandar pertama yang mampu mengubah dunia Arab. Jadi, anda nak tinggal dalam bandar yang penuh futuristik ini?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.