Di wilayah PLSTN sebelum binanya negara haram Israil, telah banyak kerajaan-kerajaan kuno yang kita kenal seperti Kerajaan Israil dan Kerajaan Judah. Tapi, ada satu kerajaan ini dibina ketika pasukan Tentera Salib berjaya menakluk seluruh wilayah itu!

 

Kerajaan yang dimaksudkan ialah Kerajaan Jerusalem. Kerajaan ini dibina pada tahun 1099 oleh Tentera Salib selepas berjaya menakluk wilayah PLSTN ketika Perang Salib Pertama (1096–1099).

 

Selain Kerajaan Jerusalem, terdapat juga wilayah-wilayah jajahan Tentera Salib bernama Antioch, Edessa, dan Tripoli. Kesemua wilayah ini merupakan wilayah bawahan Kerajaan Jerusalem.

 

Jika wilayah-wilayah ini memberikan taat setia dengan berikan kekuatan tentera, Jerusalem balas dengan berikan perlindungan.

 

Kerajaan Jerusalem meluas bermula dari PSLTN ke selatan Lubnan dan barat daya Jordan. Banyak kota-kota perlabuhan penting yang telah dijajah Tentera Salib seperti Acre, Tyre, dan Ascalon yang mempunyai sejarah perdagangan laut yang kaya.

 

Walaupun berjaya tubuhkan sebuah kerajaan di lokasi yang strategik dengan laluan perdagangan laut dan darat, tapi ekonomi kerajaan ini tidaklah pesat sangat kerana hanya harapkan cukai dari para jemaah yang tiba dan hasil untung dari urusan perdagangan dengan para pedagang muslim.

 

Manakala makanan ruji seperti bijirin gandum pula hanya harapkan makanan import dari Syria, walaupun banyak tanah yang begitu subur dan sesuai untuk penanaman padi gandum.

 

Boleh katakan, Kerajaan Jerusalem hanya ditubuhkan untuk memastikan kota suci Jerusalem berada di tangan pihak Kristian Eropah, tidak berusaha sangat untuk mengkayakan kerajaan.

 

 

Raja Kerajaan Jerusalem terawal iaitu Baldwin I (1100–1118) dan Baldwin II (1118-1131) hanya membina kota kubu selepas menguasai beberapa kota perlabuhan bagi memastikan keselamatan PLSTN terjamin.

 

Masuknya Perang Salib Kedua (1147-1150) selepas kejatuhan wilayaah Edessa oleh serangan tentera muslim Empayar Seljuk, Tentera Salib mengalami kekalahan.

 

Masuknya pemerintahan Raja Amalric I (1163-1174), baginda cuba menyerang Mesir bagi memecahbelahkan tentera muslim tetapi gagal, dalam masa yang sama kerajaannya diserang oleh tentera Nūr al-Dīn dari Syria.

 

Sehinggalah tahun 1187, Jerusalem akhirnya jatuh ke tangan sultan Dinasti Ayyubiyah bernama Salah ad-Din Yusuf ibn Ayyub atau Saladin, sekaligus menyatukan seluruh dunia Islam setelah sekian lama berpecah akibat siri Perang Salib.

 

Saki-baki kerabat dan raja Kerajaan Jerusalem berundur ke Acre dan berusaha tubuhkan kerajaan Tentera Salib baru. Pada tahun 1291, keluarga kerabat bernama Lusignan berundur ke Pulau Cyprus dan masih memerintah sebagai kerabat diraja Jerusalem sehingga ke akhir abad ke-15 Masihi.

 

Inilah sejarah Kerajaan Jerusalem yang merupakan kerajaan Tentera Salib tapi hanya berperanan sebagai benteng kepada kota Jerusalem, tidak sebagai sebuah kerajaan yang makmur!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.