Pembentukan geografi seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi begitu menyeramkan bagi kita tapi beginilah cara Bumi ‘hidup’ bagi memastikan planet ini masih berhabitat.

 

Tapi, pada awal tahun 2023 Laut Caspian tiba-tiba ‘lahirkan’ sebuah pulau kecil berdekatan pinggir pantai timur Azerbaijan, kemudian menghilang sejak bulan Disember tahun lepas!

 

Macam mana pulau kecil itu boleh menghilang? Adakah fenomena alam penyebabnya, atau perbuatan manusia sendiri? Mari kita fahami dahulu jangka hayat pulau kecil di pinggir Azerbaijan ini.

 

Mengikut rakaman dari dua buah satelit NASA, ia merakam kejadian pulau kecil yang dipanggil sebagai Kumani Bank, bermula dari sekitar bulan Januari dan Februari 2023 hingga ke akhir tahun 2024.

 

Kedudukan pulau kecil itu sebenarnya berada di bahagian atas kawasan volcano lumpur Kumani yang terletak di dasar laut. Volcano lumpur Kumani ini biasanya meletus sehingga lumpurnya menaik sejauh 20 kilometer (km).

 

Letusan setinggi 20 kilometer itu mampu hasilkan pulau kecil sementara di pinggir pantai Azerbaijan. Ramai penduduk menyangka letusan volcano lumpur itu seperti letupan pelantar minyak.

 

 

Rekod pertama letusan kewujudnya pulau kecil Kumani Bank bermula pada bulan Mei 1861 dan setahun kemudian pulau tersebut menghilang akibat hempasan ombak.

 

Pada abad ke-20 Masihi, pulau kecil Kumani Bank muncul sebanyak enam kali, dan seperti biasa menghilang semula setelah kurang dua tahun timbul di permukaan Laut Caspian.

 

Yang terbaru ialah rekod pada awal tahun 2023 sehingga ahli geofizik dan peminat volcano lumpur bernama Mark Tingay terpesona melihat kejadian semula jadi itu.

 

Menurut Tingay, tidak ada sebarang berita tempatan yang menyebarkan berita penemuan Kumani Bank pada tahun 2023. Beliau tidak menemui sebarang berita sama ada dari surat khabar, media sosial, atau blog rasmi dari negara Azerbaijan, Rusia, atau dari pihak Barat.

 

Walaupun tiada siapa yang mengetahui, namun inilah rekod rasmi kejadian aneh volcano lumpur yang telah dirakam oleh satelit milik NASA. Orang ramai seharusnya tahu supaya dapat menghargai pembentukan geografi Laut Caspian yang telah Tuhan ciptakan!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.