Pada sekitar 1960-an, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet (Rusia sekarang) terlibat dalam Perang Dingin, iaitu perang melibatkan perlumbaan teknologi, ekonomi, dan pengaruh antara kedua-dua kuasa besar.

 

Tapi, CIA (Central Intelligence Agency) dari AS masa tu membangunkan sebuah projek bernama ‘Acoustic Kitty’ iaitu melatih kucing sebagai ejen pengintip bagi mendapatkan maklumat dari pihak Soviet. Lebih kurang jadikan kucing macam James Bond la!

 

Projek yang diusahakan oleh jabatan Directorate of Science & Technology menelan kos sebanyak 20 juta US Dollar. Jadi, mereka wajib memastikan projek ini berjaya.

 

Pakar bedah veterinari (bedah haiwan) lekatkan mikrofon kecil di gegedang telinga kucing dan tanamkan cip penghantar gelombang radio di bahagian atas tengkorak kucing. Maka, pihak CIA dapat mendengar sebarang perbualan jarak jauh dari kucing mereka yang berkeliaran.

 

 

Kucing CIA pertama diuji, meletakkannya kepada dua orang yang sedang duduk di luar kedutaan Soviet untuk mencuri dengar perbualan. Apabila masanya tiba untuk menghantar kucing dari van putih yang berada di tepi jalan, kucing itu telah dilanggar oleh teksi dan akhirnya mati.

 

Jadi, projek 20 juta US Dollar habis begitu saja. Tapi, menurut sumber dari pihak CIA terutamanya dari bekas pengarah Office of Technical Service bernama Robert Wallace, ujian pertama gagal kerana kucing mereka tidak begitu fokus. Ujian kedua sekali lagi dilaksanakan tapi gagal juga.

 

Pihak CIA memutuskan Projek Acoustic Kitty dibatalkan pada tahun 1967. Sebabnya? Kucing sukar dilatih sebagai ejen mereka berbanding anjing yang setia.

 

Kisah kucing mati dilanggar sebenarnya lawak dari bekas pegawai CIA yang pernah bertugas pada tahun 1979 dan tidak sangka lawaknya menjadi ‘fakta’ yang meletak ke atas projek CIA ini.

 

Maka, sebijak mana CIA sekalipun, tak dapat lawan sifat kucing yang macam ‘bos’ dan suka buat hal sendiri!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.