Cakap pasal terumbu karang, mesti kita fikirkan bahawa hidupan ini seperti ‘tumbuhan’ di kawasan dalam pinggir pantai, mampu berikan rumah kepada pelbagai spesis ikan dan menapis air laut untuk dapatkan nutrien.
Walaupun sepanjang hayatnya hanyalah duduk di tempatnya bak tumbuhan, tapi ada sesetengah spesis terumbu karang yang boleh bergerak!
Spesis terumbu karang yang boleh bergerak ialah spesis cendawan karang atau ‘Cycloseris cyclolites’. Cendawan karang ini mampu bergerak di atas dasar laut yang berpasir demi mendapatkan sinaran mentari.
Keupayaan cendawan karang ini dibuktikan dari video yang dirakamkan oleh seorang ahli cnidariologi (kaji timun laut, obor-obor, dan terumbu karang) bernama Brett Lewis bagi melihat cara hidup spesis karang ini di dalam akuarium.
Dalam masa sejam, Lewis mendapati permukaan cendawan karang membengkak, membolehkan bahagian dasar karang menaik ke atas. Lapisan permukaan yang bengkak itu kemudian mengecut, seterusnya bahagian dasar karang dapat bergerak ke depan seolah-olah ‘kaki’.
Menurut Lewis, menunggu cendawan karang ini bergerak seolah-olah menunggu dalam masa yang sangat panjang. Dalam masa 24 jam, spesis karang dalam bergerak hanya sejauh 43.73 millimeters (mm) saja. Lagi lambat dari siput!
Tapi, pergerakan spesis terumbu karang ini sebenarnya penting, bukan suka-suka saja. Ia bergerak hanya mencari sebarang sinaran mentari yang muncul dari atas permukaan laut.
Biasanya bagi spesis terumbu karang lain, ia hanya perlu dapatkan haiwan mikrob bernama dinoflagellates kerana mikrob ini mampu hasilkan tenaga dari sinaran mentari. Dan tenaga itu diserap oleh terumbu karang supaya ia dapat membesar.
Tapi berbeza dengan cendawan karang, ia perlu bergerak jika tempat ia berada tidak mempunyai sinaran mentari. Nak tak nak, cendawan karang kena bergerak sendiri sebab jika tak bergerak, ia tidak dapat hidup lama!
Memahami pergerakan cendawan karang begitu penting bagi pengkaji seperti Lewis kerana mereka harus mengetahui bagaimana terumbu karang akan bermigrasi jika habitat laut mereka telah tercemar, supaya mereka dapat selamatkan terumbu karang dari pupus dalam dunia lautan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih