Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan sejak zaman dahulu kala sehingga sekarang, seperti juga wanita Eropah pada awal abad ke-20 Masihi. Zaman yang dikenali sebagai ‘zaman Victoria’ ini sangat ramai para wanita mengamalkan bermacam-macam diet demi dapatkan badan yang ramping!
Kegilaan untuk menjadi kurus dan cantik ini telah mewujudkan diet bernama ‘fad diet’, iaitu amalan diet yang melampau, sampai tahap hampir meragut nyawa dan tidak disahkan oleh para doktor. Boleh katakan fad diet dipanggil sebagai ‘pseudosains diet’.
Salah satu fad diet yang dipercayai oleh para wanita Eropah ialah memakan pil cacing pita. Kita tahu bahawa cacing ini ialah spesis parasit yang boleh rosakkan badan jika telurnya ditelan, akibat memakan daging mentah dan tidak dimasak.
Tapi bagi para wanita Eropah, cacing parasit ini mempunyai ‘khasiat’nya sendiri, di mana cacing ini akan memakan makanan yang ditelan dalam perut bagi kurangkan berat badan.
Kerana sifat cacing pita yang memakan makanan dalam perut, ramai para wanita Eropah sanggup menelan pil yang mengandungi banyak telur cacing, dan biarkan perutnya dihuni oleh parasit yang tidak diundang itu!
Amalan memakan pil cacing pita dikatakan bermula dari amalan penyanyi opera terkenal bernama Maria Callas, yang kononnya menelan telur cacing itu demi kuruskan badan. Tapi ramai pengkaji bongkarkan bahawa amalan Maria ini tidak benar.
Sebenarnya Maria hanya dijangkiti oleh serangan cacing pita akibat selalu memakan sajian daging mentah bernama tartare. Walau bagaimanapun, ‘amalan’ Maria menjadi ikut-ikutan para wanita Eropah sana.
Sehingga sampai tahap ada iklan yang mempamerkan khasiat memakan pil cacing pita yang kononnya dapat memberikan kecantikan yang didambakan para wanita! Di sinilah amalan memakan pil cacing menjadi ‘trending’ warga Eropah!
Memang berat badan mereka dapat berkurang seperti apa yang mereka inginkan, tapi jika dibiarkan cacing pita ini menetap dan membiak dalam perut, kesan yang lebih parah akan berlaku seperti muntah dan cirit-birit.
Jadi, setelah para wanita dapatkan berat badan yang mereka inginkan, mereka mesti keluarkan cacing parasit itu dengan menelan ubat-ubatan anti-parasit. Mereka yang tak mampu pula disarankan meminum susu kerana percaya bahawa cacing tidak menyukai susu, kemudian keluar sendiri apabila buang air besar.
Seiring dengan perkembangan teknologi perubatan, amalan memakan pil cacing pita tidak lagi dilakukan, ditambah lagi larangan para doktor. Tapi, ada juga sebahagian wanita Barat gatal tangan membeli pil ini dari pasar gelap dan cuba memakannya!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih