Bunyinya memang pelik bin ajaib, tapi muntah paus ini sememangnya sangat bernilai, terutamanya dalam industri pembuatan minyak wangi! Apa yang terjadi sampai muntah yang dianggap kotor dan jijik ini digunakan sebagai bahan minyak wangi?
Pertama sekali, kita kena tahu dulu tentang muntah paus ini. Muntah yang dipanggil sebagai ambergris ini ialah bahan kotoran yang terbentuk dalam sistem pencernaan paus sperma dan biasanya dikeluarkan dalam bentuk najis atau muntah.
Apabila ambergris dikeluarkan, bauan asalnya memang busuk. Tapi, setelah didedahkan oleh sinaran mentari atau ombak laut, dan melalui proses pengoksidaan, ambergris menjadi kepingan berwarna kelabu dan putih yang keras, serta keluarkan bau wangian!
Biasanya ambergris terapung selama bertahun-tahun lamanya bergantung kepada jumlah kandungannya. Ambergris juga mempunyai berat dari beberapa gram sehingga beberapa kilogram.
Bau wangi yang keluar dari ambergris itu sebenarnya bauan yang mengandungi bahan kimia bernama ambrein. Ambrein mampu membuatkan bauan bahan lain bertahan dalam tempoh masa yang panjang.
Bahan kimia inilah pihak industri minyak wangi perlukan bagi menghasilkan produk minyak wangi yang baunya tahan lama! Antara jenama minyak wangi yang gunakan ambrein ialah Chanel dan Dior.
Nilai ambergris sebenarnya lebih tinggi dari nilai perak, sampaikan ada harga ambergris bernilai 30 kali ganda lebih tinggi dari nilai perak! Ada sebabnya mengapa nilai ambergris sangat tinggi walaupun bahan kimia dalam muntah itu hanya diperlukan dalam penghasilan minyak wangi.
Ambergris sebenarnya jarang dikeluarkan oleh paus sperma. Hanya 1% dari seluruh populasi spesis paus sperma hanya dapat keluarkan ambergris. Apatah lagi dapatkan ambergris terus dari paus itu sendiri! Di sinilah saintis tertanya-tanya mengapa jarang spesis paus sperma keluarkan ambergris.
Mereka berpendapat bahawa ambergris ialah gumpalan paruh sotong yang dimakan oleh paus sperma. Paruh-paruh sotong kemudian bergumpal dalam sistem pencernaan, dan keluar dalam bentuk ambergris. Inilah sebabnya ambergris dianggap sebagai ’emas’ dalam lautan!
Ramai juga nelayan dapat nasib yang baik apabila menemui ambergris. Pada bulan November 2016, tiga orang nelayan dari negara Oman telah menemui ambergris seberat 80 kilogram (kg) dan mereka berjaya menjualnya dengan harga $3 juta USD (RM13,134,002.81)!
Yang terbaru ialah pada 23 Februari 2021, di mana seorang wanita Thailand bernama Siriporn Niamrin menemui ambergris yang bernilai hampir $ 260 ribu USD (sekitar RM1,138,280.24). Ambergris yang Niamrin temui itu berada di pinggir pantai Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand semasa dia berjalan-jalan.
Kalau anda terjumpa ambergris semasa berjalan-jalan di tepi pantai, mungkin andalah tersenarai sebagai jutawan negara!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih