Banyak kisah-kisah yang pelik sentiasa diceritakan, sama ada untuk dijadikan sebagai pengajaran atau menyedari bahawa manusia mempunyai pelbagai ragam! Salah satu kepelikan kisah ialah kisah para saintis memakan daging bison yang telah mati sejak 50,000 tahun!
Apa yang menyebabkan saintis ini sanggup memakan bangkai sebegitu? Kisahnya bermula pada tahun 1979, di mana berlakunya aktiviti perlombongan emas di negeri Alaska, Amerika Syarikat (AS).
Salah satu pelombong secara tak sengaja telah menemui bangkai seekor bison purba yang pernah berhabitat di negeri tersebut. Warna kulit bangkai itu kebiruan kerana ia terdedah setelah mengalami fenomena pembekuan di tanah permafrost.
Dari kulit kebiruan itulah bangkai bison itu diberi nama ‘Blue Babe’. Dari penemuan inilah saintis sana begitu teruja kerana mereka dapat mengkaji bangkai haiwan purba yang pernah hidup pada Zaman Ais!
Penemuan bangkai bison itu telah dilaporkan ke University of Alaska. Risau bangkai itu membusuk, seorang ahli paleontologi (kaji haiwan purba) bernama Dale Guthrie membawa pasukannya untuk keluarkan Blue Babe dari dalam terowong lombong emas.
Setelah selesai bawa Blue Babe ke makmal mereka, mereka mendapati bahawa bangkai bison ini telah membeku selama 50,000 tahun melalui pentarikhan karbon. Melihat kesan gigitan dan cakar di badan bangkai, ternyata punca kematiannya ialah diserang oleh singa purba Amerika (Panthera leoatrox).
Yang uniknya, Blue Babe sangat terpelihara oleh pembekuan selama beribu-ribu tahun, di mana otot, kulit, dan tulang tidak mengalami pereputan! Dari keadaan bangkai yang baik ini, Guthrie terfikir sesuatu supaya mereka dapat mengingati pencapaian ini selama-lamanya.
Guthrie mencadangkan bahawa mereka harus mencuba daging Blue Babe ini. Beliau teringat kisah seorang warga Rusia yang mencuba memakan bangkai gajah mammoth yang juga terpelihara dan rasanya begitu enak.
Jadi, kalau daging gajah mammoth yang sekian lama mengeras ini enak, apatah lagi daging bison! Guthrie kemudian mengadakan jamuan makan malam dengan kawan sekerjanya dan beliau membuat stew daging gunakan hirisan daging Blue Babe di bahagian leher!
Selepas sediakan sajian hirisan bangkai bison kepada hadirin seramai lapan orang, Guthrie menggambarkan bahawa rasa daging itu liat dan ada rasa tanah. Walaupun rasa daging macam tu, mereka dapat juga habiskan stew daging istimewa itu!
Begitulah saintis, demi utamakan rasa ingin tahu atau inkuiri, mereka sanggup buat apa saja, seperti memasak daging bangkai haiwan berusia 50,000 tahun! Sekarang, Blue Babe dipamerkan di sebuah muzium bernama Museum of the North yang terletak di universiti yang sama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih