Pada tahun 2021, jurugambar hidupan liar dari Belgium bernama Yves Adams sibuk mengambil gambar pelbagai jenis haiwan yang menetap di Pulau South Georgia, Antartika. Sibuk dia tangkap gambar, Adams temui seekor penguin yang berwarna kuning di sebalik gerombolan spesis King Penguin!
Pada awalnya, Adams tangkap gambar haiwan-haiwan Antartika seperti gajah laut dan anjing laut Antartika. Ketika beralih kepada gerombolan penguin yang berenang di pinggir pantai, dia tertarik dengan seekor penguin berwarna kuning itu!
Pada mulanya Adams pelik, di mana dia telah hafal banyak spesis haiwan yang menetap di Antartika, termasuklah spesis King Penguin. Tiba-tiba, muncul penguin yang warnanya sangat berbeza dengan warna King Penguin lain yang biasanya bulu berwarna hitam. Adakah dia terlepas kenal satu lagi spesis penguin?
Mula-mula dia teropong, dia mendapati bulu penguin itu berwarna kuning dan bahagian dadanya berwarna putih seperti penguin lain. Adams terus menangkap gambar penguin unik itu.
Beberapa minit kemudian, penguin kuning itu terjun ke laut dan berenang bersama-sama koloni penguin lain, meninggalkan Adams tertanya-tanya mengapa rupa penguin sangat pelik. Sampaikan hantarannya tentang gambar penguin kuning itu menjadi tular setelah beberapa minggu kemudian.
Ramai berspekulasi bahawa penguin kuning ini berkemungkinan mengalami albinisme, iaitu keadaan mutasi di mana haiwan seperti burung mengalami ketiadaan pigmen melanin yang hasilkan bulu warna hitam.
Tapi, menurut ahli ornithologi (kaji burung) dari Natural History Museum of Los Angeles bernama Allison Schultz, penguin itu sebenarnya tidak mengalami albanisme seperti apa yang dikenali ramai.
Sebenarnya, spesis King Penguin yang bulunya berwarna kuning itu mengalami keadaan mutasi bernama leucism. Biasanya, burung yang mengalami leucism mempunyai bulu berwarna putih tapi matanya tidak berwarna merah.
Begitu juga penguin kuning, matanya tidak berwarna merah dan bahagian sayapnya kuning kerana ketiadaan pigmen yang hasilkan warna hitam.
Jadi, penguin kuning ini masih ada pigmen melanin, tapi ada sebahagian tubuh badannya tidak mempunyai pigmen itu, seperti bahagian sayapnya. Inilah yang dimaksudkan sebagai leucism, berbeza dengan albinisme yang bulu juga berwarna putih tapi matanya berwarna merah.
Kenyataan Allison disokong oleh seorang lagi ahli ornithologi bernama Hein van Grouw dari United Kingdom, tapi beliau menegaskan bahawa pigmen penguin kuning ini lambat hasilkan bulu warna hitam berbanding penguin lain. Jadi, Grouw tidak mengiyakan seratus peratus bahawa penguin ini mengalami leucism.
Grouw meneka bahawa jantina penguin kuning ini ialah betina kerana biasanya haiwan betina mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai mutasi. Penguin ini juga bakal dapat menarik perhatian penguin jantan lain dan jika dapat lahirkan generasi baru, mungkin wujud anak penguin kuning!
Tapi, terpulang juga kepada penguin kuning jika dapat teruskan hidup kerana badannya senang menarik perhatian pemangsa jika ia berenang, kerana biasanya bulu hitam penguin dapat kelirukan pemangsa yang berenang.
Apa-apa pun, kehadiran penguin kuning menjadi ‘special’ sepanjang kerjaya sebagai jurugambar, sekaligus memberikan kita kefahaman bahawa begitu banyak kepelbagaian haiwan yang Tuhan tunjukkan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih