Muzium sememangnya tempat yang menarik untuk para pelancong yang meminati sejarah sesebuah negeri atau negara. Selain menghayati beberapa peristiwa penting, pelawat juga dapat melihat bermacam-macam manuskrip dan artifak yang unik!
Tapi, kerajaan Mexico mengambil langkah yang sangat luar dari kotak fikiran kita, di mana Mexico membina sebuah muzium patung yang terletak di dasar laut! Apa yang membuatkan Mexico berani membina muzium sebegitu rupa?
Muzium patung bernama Cancun Underwater Museum (MUSA) ini terletak di The Cancun Marine Park, Mexico. Usul muzium patung ini dibawa oleh graduan jurusan seni arca bernama Jason de Caires Taylor dari Institute of Art, London.
Kemudian, kerajaan meluluskan usul Jason dan projek pembinaan muzium ini bermula pada tahun 2009. Projek ini merupakaan projek pembinaan muzium arca bawah laut pertama dan terbesar dunia!
Sebanyak 500 buah patung arca dihasilkan sehingga akhir tahun 2013 dengan menggunakan simen yang tahan lama. Kemudian, kesemua patung arca ini diletakkan di dua lokasi dalaman muzium yang berbeza: Manchones dan Punta Nizuc.
Di bahagian Manchones mempunyai sebanyak 477 buah patung arca yang diletakkan di kedalaman enam hingga sembilan meter bawah paras laut. Manakala bahagian Punta Nizuc pula mempunyai sebanyak 23 buah patung arca yang terletak di kedalaman empat meter bawah paras laut.
Tujuan Mexico membina muzium patung yang unik ini ialah bagi menghasilkan kesinambungan hubungan alam sekitar di dasar laut, sekaligus memelihara hidupan laut yang semakin diancam.
Persisiran pantai Mexico sentiasa dilanda oleh ribut taufan dan mengakibatkan banyak terumbu karang dan batu-batuan di dasar laut mengalami kerosakan. Jadi, dengan adanya muzium patung dasar laut, pemuliharaan kawasan dasar laut yang terancam dapat dilaksanakan.
Banyak hidupan laut tertarik dengan kemunculan patung arca dalam muzium itu sehingga banyak alga, rumpai, malah ikan menjadikan patung tersebut sebagai habitat baru!
Selain berperanan sebagai kawasan pemuliharaan hidupan laut, muzium patung ini juga dapat sajikan elemen kesenian patung arca kepada para pelawat yang meminati bidang seni patung. Seperti arca bernama ‘The Dream Collector’, ia membawakan kata-kata semangat seperti ‘May our hearts, never become as hard as our heads’.
Selepas pembinaan muzium patung dasar laut ini, ia dapat membawa pelancong seramai 300,000 orang setiap tahun! Kalau anda nak melacong di Mexico, jangan lupa singgah di muzium yang unik ini bagi mendapatkan pengalaman sekali seumur hidup!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih